Make your own free website on Tripod.com

Terlalu banyak sangat resepi resepi yang ada di internet ini. Jadi disini saya hanya memuatkan resepi resepi pilihan saya yang
mudah dan ringkas untuk di sajikan.

Cuba lah....

Char Kue Teau  

Bahan Bahannya:

1 bungkus kueteau
3 pohon daun kuchai dipotong inc
2 sudu cili boh
sedikit kerang
sedikit tauge
1 tauhu basah ( kalau mahu )
4 ulas bawang putih di ketuk
2 biji telur

Sedikit garam
4 sudu besar kicap manis
1/2 sudu teh cuka
1/2 cawan air
sedikit minyak

Cara Caranya:

Panas minyak masukkan bawang putih hingga berbau wangi masukkan cili boh dan tumis.masukkan 1 sudu kicap dahulu.
kemudian masukkan air tadi.
masukkan cuka
masukkan telur sebiji dan tahu.
apabila mendidih masukkan kueteu
masukkan 3 sudu kicap lagi gaul hingga rata
masukkan sebiji telur lagi. kemudian masukkan tauge dan daun kucai .
biarkan 20 saat pastu hidang

Ayam Kicap Pedas

 Bahan Bahannya:

1/2 ekor ayam dipotong sederhana besar
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia muda (dikisar)
5 biji cili padi( dikisar)
Sebiji bawang besar( dipotong bulat)
4 sudu besar kicap manis

3 sudu besar kicap masin
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
2 sudu besar minyak
Secawan air

Cara Caranya:

Goreng ayam hinggga separuh masak.
Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian, masukkan kicap manis, kicap masin dan air asam jawa.
Biarkan sehingga sebati, kemudian masukkan sedikit air. Biarkan ianya pekat,kemudian masukkkan ayam,garam dan serbuk perasa.
Tunggu beberapa minit, kemudian masukkan bawang besar. Sedia untuk dihidang.

Ayam Masak Black Pepper

Bahan Bahannya:

1/2 peket Lada hitam (ditumbuk)
2 biji Bawang besar dihiris
2 biji Lada hidup (dipotong besar )
2/3 tangkai daun kari
Ayam (dipotong)
Sedikit kicap lemak manis

sedikit air
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

Cara Caranya:

Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Kemudian masukkan bawang besar. Goreng hingga kekuningan. Masukkan serbuk lada hitam yg ditumbuk tadi.
Masukkan kicap. Masukan sedikit air.tunggu hingga menggelegak,kemudian masukkan ayam. Masukan garam secukup rasa.Tunggu hingga ayam masak.masukkan lada hidup. Angkat.

Dalca India

Bahan Bahannya:

200 gm ayam (direbus)
100 gm kacang dhal (direbus)
1 biji kentang (dibelah empat)
1 batang lobak merah (dipotong kecil)
1 biji terung (dipotong empat)
1 biji bawang besar (dipotong enam)
6 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

1 cm halia (ditumbuk halus)
1 cawan santan
cawan air asam jawa
3 tangkai cili kering
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih

Cara Caranya:

Cili kering, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih digoreng dengan minyak.
Rebusan ayam, kacang dhal dan sayuran dicampurkan dengan bahan tumbuk, santan, air asam jawa, garam dan bawang besar.
Apabila mendidih dan hampir pekat, tuang bahan goreng dengan minyaknya sekali.

Masakan Opor

Bahan Bahannya:

1 ekor ayam (disiang & dipotong besar-besar)
Air mendidih yang cukup untuk meliputi ayam
1 batang serai (dititik)
1/2 cawan minyak makan
3 1/2 cawan santan
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk:
4 cm halia
4 cm lengkuas
1 sudu garam

Bahan Giling:
1 sudu ketumbar (direndang)
1 sudu lada sulah
10 biji buah keras
15 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Caranya:

Masukkan ayam dalam air mendidih selama 5 minit.Toskan & buangkan airnya. Gaulkan baahn tumbuk ke atas ayam. Masukkan serai & ketepikan selama 10 minit. Pijarkan minyak atas api yang besar. Goreng bahan gilintg hingga garing.Masukkan ketulan-ketulan ayam & bahan perap yang tinggal. Goreng hingga rata kuningnya. Kemudian kecilkan api. Masak dengan bertutup hingga kering. Kecilkan apinya. Masukkan santan & garam. Masak perlahan-lahan,dengan mengacaunya sekali-sekala, hingga ayam empuk & hanya sedikit cecair yang tinggal. Rasalah garamnya & hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

Bamia Kambing

Bahan Bahannya:

1 kg daging kambing
1 tin susu cair
100 gm jintan manis
100 gm jintan putih
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 cm halia

50 gm serbuk lada putih
500 gm kacang bendi
4 biji bawang besar, dipotong empat
4 sudu besar sos tomato
Sedikit daun ketumbar
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa

Cara Caranya:

Daging dibersihkan dan dipotong nipis.
Kisar jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih dan halia.
Kemudian gaul bahan kisar bersama daging.
Masukkan ke dalam periuk dan bubuh segelas air. Masak daging hingga empuk.
Kemudian masukkan serbuk lada putih, susu cair, kacang bendi, bawang besar, sos tomato, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa.
Kacau hingga masak.

Masak Pecal Ikan Pari

Bahan Bahannya:

300 gm ikan pari
4 ulas bawang merah
1 helai daun cekur
1/2 biji kelapa diambil pati santannya
anggaran 1 cawan
10-15 biji cili api (mengikut pedas
yang disukai)

1 keping asam gelugur
1.2 sm belacan bakar
Sedikit ubi cekur
Garam serta serbuk perasa secukup rasa

Cara Caranya:

Ikan pari dibersihkan dipotong besar-besar, dibasuh serta toskan airnya. Setelah itu dipanggang hingga masak. Cili api, bawang merah, ubi cekur dan belacan ditumbuk hingga lumat. Sesudah itu masukkan ke dalam periuk bersama santan pekat, daun cekur dan asam keping. Masaklah bahan-bahan ini sehingga mendidih, kemudian tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Bila telah pekat bolehlah diangkat dan tuangkan di atas ikan pari panggang tadi. Atau boleh juga masukkan ikan panggang ini ketika kuah santan sedang mendidih.

Singgang Tongkol

Bahan Bahannya:

1 ekor ikan tongkol
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
3 biji cili merah
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Caranya:

Ikan dibersihkan dan dipotong ikut suka. Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas dimayang halus. Cili merah dibelah dua tetapi jangan sampai putus.
Masukkan semua bahan-bahan yang telah dimayang ke dalam periuk bersama ikan tadi tambahkan air secukupnya. Masukkan juga asam gelugur. Biarkan hingga mendidih setelah itu tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah itu bolehlah diangkat.