Make your own free website on Tripod.com

 

Nasi Nenas

Bahan Bahannya:
  
1 biji bawang sederhana besar
2 biji bawang putih
1 sudu makan serbuk kunyit  kisar dan tumis hingga wangi
1 sudu makan gula
1 buku stok ayam
50gm   udang kering

Cara Cara:

Bersihkan 2 cawan beras dan letak di dalam rice-cooker.Masukkan 2 cawan air dan bahan-bahan yang dikisar tadi, biarkan masak.
Nenas dibelah dua, dan keluarkan isinya.
Setelah nasi masak, masukkan nasi ke dalam nenas yang telah dibuang isinya,Tabur dengan kepingan ayam dan bawang goreng.

Sotong Masak Pedas

Bahan Bahannya:

300 gm sotong (potong ikut suka)
1 sudu teh kicap pekat
1/2 sudu teh gula
1 1/2 cawan air
5 biji ubi kentang
2 biji cili merah (dibelah 4)
3 biji bawang besar (dihiris kasar)
Bahan giling:
1.2 sm halia
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
15 biji cili kering
1 sudu besar jintan manis
1/4 cawan air

Cara Cara:

Sotong dibersihkan kemudian gaulkan dengan bahan giling. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kuning, kemudian masukkan sotong.
Bila telah mendidih masukkan ubi kentang, kicap, gula, cili merah, serta garam.
Tambahkan 11/2 cawan air. Masak hingga empuk barulah diangkat.

Kailan Ikan Masin

Bahan Bahannya:

600 gm kailan
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
Sepotong isi ikan kurau masin (ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
Garam
Serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Cara:

Potong kailan mengikut cita rasa dan bersihkan.
Panaskan dua sudu besar minyak dan tumiskan bawang sehingga garing.
Masukkan cili kering dan masak sehingga garing, kemudian masukkan isi ikan kurau.
Akhir sekali masukkan sayur kailan serta dan biarkan sehingga ia masak.
Hidangkan semasa panas.

Ikan Pari Cicah Air Asam

Bahan Bahannya:

Bahan A:
500gm ikan pari

Bahan B:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
seulas halia
seulas kunyit hidup

Bahan C: (air asam)
5 tangkai cili padi (dikisar)
5 ulas bawang kecil (dikisar)
10 gm asam jawa
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam

Cara Cara:

Perap ikan pari bersama Bahan B. kemudian bakar ikan sehingga masak.

Cara membuat (air asam):
- gaul semua bahan .

Botok Botok Ikan (famous di Singapore)

Bahan Bahannya:

2 ekor Ikan Tengiri/Mambong
8 Ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2" halia muda (tumbuk)
1 sudu teh Jintan Manis (sangai & kisar)
1 sudu teh Jintan putih(sangai & kisar)
1 sudu teh ketumbar(sangai & kisar)
2 biji buah keras (kisar)
cwn asam jawa
1/2 sudu bsr lada kisar
p/s rempah boleh diganti dgn rempah kari ikan.

Daun pucuk Ubi
Daun kaduk
Daun pokok teh
Daun kentut2
Daun tengek burung
Pucuk labu, Pucuk betik.
p/s boleh tambah daun ulam ikut suka tapi main ulam ialah pucuk ubi dan semua dihiris sederhana.
Daun pisang (untuk bungkus)

Cara Cara:

1. Ikan boleh digoreng dahulu atau tidak perlu goreng.
2. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga garing serta lada kisar dan apabila naik bau, masukkan rempah yg sudah dikisar. Tumis hingga separuh garing kemudian masukkan sedikit air asam jawa, garam, serbuk perasa & gula (ikut rasa).
3. Kemudian masukkan daun2 ulam dan masak hingga naik minyak dan sederhana kering.
4. Layukan daun pisang.
5. Letakkan sedikit kuah keatas daun pisang dan letakkan ikan(goreng@tidak digoreng) atasnya dan tutup ikan dgn kuah kemudian bungkus dgn daun pisang.
6. Panaskan kukus dan kukuskan ikan yg telah dibungkus dlm daun pisang lebih kurang 10 minit (hingga masak).