Imam Hussein Bin Ali A.S

Setahun selepas keputeraan Imam al-Hassan bin Ali bin AbuTalib ‘a.s. iaitu pada hari ketiga bulan Sya’aban tahun keempat hijrah telah datang khabar penuh gembira kepada Rasulullah s.’a.w dengan kelahiran cucundanya al-Hussayn putera Fatimah az-Zahra ‘a.s. Setélah menerima berita itu lantas bersegeralah Rasulullah s.’aw menuju ke rumah Fatimah dan Ali v.a. Sesampainya junjungan s. 'a.w. ke sana lantas bersabda kepáda Asma’ binti ‘Amis; Wahai Asma’ berikanlah cucundaku itu kepadaku, lalu Rasulullah s.’a.w. memangku al-Husayn as. dan diletakkan di atas hamparan putih dan dengan penuh kesukacitaan Rasulullah s. ‘a.w. mengucup bayi itu dan melaungkan azan ditelinga kanan bayi yang mulia dan iqamat ditelinga kirinya dengan penuh kesukacitaan Rasulullah s. ‘a.w. meletakkan bayi itu di atas pangkuanñya lalu menangis sehingga Asma’ pun bertanya; Mengapa dikau menangis wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah s. ‘a.w. Aku mènangis kerañan cucunda aku ini. Lantas Asma’ bertanya Inilah bayi yang dilahirkan kena pada masanya. Rasulullah s. ‘a.w. bersabdá lagi; Wahai Asma’! Cucundaku ini akan. dibunuh oleh satu kumpulan penderhaka selepas kewafatanku dan mereka itu tidak akan memperolehi syafa’atku. Rasulullah s. ‘a.w. menyambung lagi Wahai Asma’ janganlah berita ini disampaikan kepada puteriku Fatimah kerana ini merupakan satu peristiwa yang dijanjikan pada masa kelahirannya [Dirujuk dari kitab I’lam al-Wara bi I’lam al-Huda karangan at-Tibrasi, bab Keutamaan Imam Abu Abdullah al-Husayn cetakan tahun 1379, hlm. 217]

    Berikutnya Rasulullah s.’a.w. menemui Imam Ali bin Abu Talib r.d., ayahanda kepada Al-Husayn lantas bersabda kepadanya; Apakah yang ingin dinamakan cucundakau ini? Lalu Imam Ali as. menjawab; Aku tidak akan mendahului dikau dalam menamakannya wahai Rasulullah s.’a.w. Dengan peristiwa ini lalu turunlah wahyu yang suci ke atas kekasih Allah Muhammad s. a.w yang membawa nama kepadanya daripada Allah Azza wajalla, lantas Rasulullah s.’a.w. bersabda kepada Imam Ali as.: Dinamakan dia Husayn.

    Pada hari ketujuh selepas keputeraan al-Husayn bersegera pula Rasulullah s.’a.w. pergi ke rumah puteranya az-Zahra ‘a.s. Di Sana junjungan menyembelih seekor kambing untuk al-Husayn ‘a.s. dan mencukur rambut cucundanya itu serta memberi sedekah perak sebanyak rambutnya itu. Demikian peristiwa kelahiran al-Husayn ‘a.s. sebagaimana saudaranya al-Hasan a.s. yang merupakan cucunda kepada Nabi Besar Islam Muhammad s. ‘a.w.[Asyi’at min hayat al-Hasan bin Ali ‘a.s diterbitkan oleh Dar At-Tauhid.

KEDUDUKAN AL-HUSAYN ‘A.S.

    Al-Husayn ‘as. yang bergelar Abu Abdullah itu memiliki maqam serta kedudukan yang agong. Kedudukannya yang demikian agong itu hanya boleh disaingi oleh ayahandanya Imam All bin Abu Talib rd., bondanya Saidatina Fatimah az-Zahra ‘a.s. dan para imam-imam dari zuriat Rasulullah s. ‘a.w. Adalah sukar bagi para sejarawan untuk merakamkan keududkan al-Husayn ‘as. dari sudut pandangan Islam. Mereka hanya mungkin terdaya mengkaji kebesaran maqam Imam al-Husayn ‘a.s. yang menjadi pemimpin para syuhada’ itu dari kacamata syari’at Islamiah semata-mata.

    Al-Qur’an al-karim sendiri yang merupakan kalam ‘Allah yang sentiasa nienegakkan kebenaran telah merumuskan secara terang benderang mengenai kedudukan ahi al-Bayt atau keluarga rumahtangga Rasulullah s.’a.w. yang diwakili oleh Al-Husayn ‘a.:. Allah berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 33:
Ertinya: “Hanyasanya Allah ingin rnenghapuskan segala kekejian dari kamu (wahai) ahl al-Bayt Rasulullah s.’a.w. dan menyucikan secara semurninya.”[Boleh dirujuk di dalam kitab Sahih Muslim, Bab Fadhail as-Sahabah atau Sahih Tirmidzi, Juzu’ 2 atau Musnad Ahmad bin Hanbal dan al-Hakim Naisaburi dalam kitabnya Mustadrak]

    Para ahli hadith telah merumuskan sebab-sebab turunnya ayat di atas adalah sehubungan dengan do’a Rasulullah S. ‘.a.w. yang dipanggil kisa’. Rasulullah s.’a.w. menujukan do’anya itu terhadap Saidina Ali, Saidatina Fatimah dan kedua-dua puteranya al-Hasan ‘a.s. dan al-Husayn ‘a.s. Maksud do’a tersebut ialah; Ya Allah merekalah Ahl Baytku (ahli rumahtanggaku), oleh itu hapuskanlah kekejian dari mereka dan sucikanlah mereka dengan sebenar-benarnya.)

    Ayat tersebut diturunkan bersempena dengan do’a itu. Selanjutnya ayat yang penuh keberkatan in menandakan penyaksian daripada Allah s.w.t. sendiri berhubung dengan kesucian ahl Bayt ‘a.s. Rasulullah s. ‘a.w. serta ketinggian maqam dan kedudukan mcrcka menurut kacamata Islam.

    Suatu lagi ayat al-Qur’ãn yang menyatakan ketinggian martabat ahi bayt atau ahli rumahtangga Rasulullab S. ‘a.u. yang diwakili oleh al-Imam al-Husayn ‘a.S. ialah ayat Mubahilah (Sanggahan terhadap pendustaan orang-orang kafir) Allah s.w.t. telah berfirman di dalam surah ‘Ali Imran ayat 61:

    Ertinya: “Barangsiapa membantahmu tentangnya (kisah Nabi Isa ‘a.s.) sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah kepadanya; “Marilah kita memanggil anak-anak kami, dan anak-anak kamu, isteri-isteri (perempuan) kami dan perempuan-perempuan kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.”

    Dalam membicarakan sebab-sebab turunnya ayat ini, para ahli tafsir telah  berpendapat yang selaras dengan pandangan para ulama lainnya, bahawasanya ayat ini turun ketika mana kaum Nasara dari Najran telah bersetuju untuk menemui Rasulullah s.’a.w untuk bermubahalah atau membuktikan kebenaran dengan Allah S.W.T. Demi untuk bermubahalah dan membuktikan kebenaran risalah yang dibawanya lantas Rasulullah s. ‘a.w telah keluar menemui orang-orang Nasrani itu bersama Ahl Baytnya  ‘a.s.[Perkara ini boleh dirujuk dalam kumpulan hadith-hadith sahih yang enam bab Fadhail al-Khamsah, boleh juga dirujuk dalam tafsir Az-Zamakhshari, dan Imam Fakhur Razi serta Ad-Dar Manthur oleh al-Suyuti] Mereka terdiri dari cucunda-cucundanya yang dikasihi iaitu al-Hasan dan al-Husayn ‘a.s puterinya Fatimah az-Zahra ‘a.s yang berjalan di belakangnya dan saudaranya serta menantunya Imam Ali bin Abu Talib ‘a.s yang berjalan di belakang mereka.

    Lalu Nabi s.a.w bersabda: Apabila aku menyeru kamu semua hendaklah beriman…….Akan tetapi setetah orang-orang Nasara itu melihat wajah-wajah ahl Bayt Rasulullah s. ‘a.w yang suci murni dan hebat itu menyebabkan jiwa mereka menjadi goncang dan meminta supaya Rasulullah s. ‘a.w membatalkan tindakan mubahalah (pembuktian kebenaran dan la’nat Allah). Berikutnya mereka menerima dan taat terhadap pemerintahan Rasulullah s. ‘a.w dan mereka membayar jizyah kepada pemerintahan Madinah.

    Di dalam ayat tersebut anda akan dapat melihat bahawa diibaratkan Imam Hasan dan Husayn ‘a.s sebagai anak-anak (Abna’), sedangkan Nabi Muhammad s. ‘a.w dan Imam ‘Ali bin Abu Talib ‘a.s sebagai diri-diri kami (Anfusana). Adapun Fatimah az-Zahra diibaratkan sebagai mewakili wanita Islam seluruhnya dengan lafaz (Nisa’ana). Berdasarkan ayat tersebut dan huraiannya yang jelas itu telah memaparkan kepada kita mengenai ketinggian maqam dan kedudukan Ahl Bayt Rasulullah s. ‘a.w sehinggakan  apabila Rasulullah s. ‘a.w ingin membuktikan kebenaran ajaran Islam dan konsep Isa al-Masihi menurut al-Qur’an lantas Rasulullah s. ‘a.w mengajak keempat-empat Ahl Baytnya iaitu Hasan dan Husayn ‘a.s serta Ali ‘a.s dan Fatimah az-Zahra, untuk berdepan dengan orang-orang nasrani (kristian) dari Najran itu.

    Gambaran ketinggian darjat ahli keluarga Rasulullah s. ‘a.w juga dapat diperhatikan di dalam ayat 23 Surah asy-Syura firman Allah, bermaksud:

    “Katakanlah, aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga yang terdekat
(Ahlul Bayt Rasulullah s. ‘a.w).”

    Para ulama tafsir berpendapat bahawa ayat tersebut turun berhubung dengan Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn ‘a.s. Menurut riwayat seorang sahabat yang bernama Jabir bin Abdullah r.d katanya, seorang Arab telah datang kepada Rasulullah s. ‘a.w lantas berkata, wahai Muhammad, Kemukakan kepada saya apakah sebenarnya Islam itu? Lalu Rasulullah s. ‘a.w bersabda; Engkau hendaklah bersaksi bahawasanya Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagiNya dan bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah hambaNya dan rasulNya.” Orang Arab itu bertanya lagi, apakah upahnya ke atas perkara itu? Rasulullah s. ‘a.w bersabda, Tidak ada upahnya melainkan engkau memberikan kasih sayangmu kepada ahli keluargaku yang terdekat. Bertanya lagi lelaki itu: “Keluarga akukah ataupun keluargamu? Seterusnya Rasulullah s. ‘a.w bersabda: Keluargaku. Berikutnya lelaki itu berkata; Datanglah aku ingin memberi bai’ah (taat setiaku) kepadamu, dan barang siapa yang tidak mengasihimu dan tidak mengasihi kum kerabatmu yang terdekat nescaya akan menerima laknat Allah. Rasulullah s. ‘a.w mengaminkan do’a lelaki tersebut.

    Menurut kitab Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Sahih Bukhari dan Muslim, Kitab ath-Tha’labi dan Tafsir At-Tibrasi yang kesemuanya meriwayatkan dari Abdullah bin al-Abbas r.d yang berkata bahawasanya ketika turun ayat tersebut maka para sahabat bertanya kepada Rasulullah s. ‘a.w; Wahai Rasulullah siapakah  kerabatmu yang terdekat yang wajib kami curahkan kasih sayang kepada mereka. Sabda Rasulullah s. ‘a.w; Mereka  ialah ‘Ali, Fatimah dan kedua-dua putera mereka al-Hasan dan al-Husayn ‘a.s.

    Berasaskan keterangan tersebut amat nyata dan jelas tentang kedudukan Imam al-Husayn dan Ahl Bayt ‘a.s yang sedemikian tinggi di sisi Allah ‘Azza wa Jalla. Berikut ini akan dibentangkan  pula sikap dan pendirian Rasulullah sebagai datuk kepada al-Husayn terhadap cucundanya yang tercinta itu. Tegasnya akan dikemukakan kedudukan Imam Husayn menurut Sunnah Rasulullah s.a.w:

1. Menurut kitab Sahih at-Tirmidzi yang memetik riwayat dari Ya’la bin Murrah yang berkata; Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud Husayn daripadaku dan aku pula daripada Husayn, Allah mencintai sesiapa yang mencintai al-Husayn, adapun al-Husayn zuriat keturunanku putera kepada puteriku (az-Zahra).

2. Seorang sahabat Rasulullah s. ‘a.w bersabda bermaksud, al-Hasan dan al-Husayn adalah cucundaku, sesiapa yang mengasihi kedua-duanya maka mereka mengasihiku dan sesiapa yang mengasihiku maka ia telah mengasihi Allah dan sesiapa yang mengasihi Allah maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga; Dan sesiapa yang memusuhi kedua-duanya maka ia telah memusuhi Allah, dan barang sesiapa memusuhi Allah maka ia akan dicampakkan ke dalam api neraka mukanya akan terlempar dahulu.[ Lihat kitab I’lam al-Wara, at-Tibrasi bab Fadhail as-Sabtin, m.s. 219]

3. Seorang sahabat yang bernama al-Barra’ bin ‘Azib berkata; Aku telah melihat Rasulullah s. ‘a.w mendokong al-Husayn cucundanya yang masih kecil dan meletakkan di atas pangkuannya seraya berdo’a yang bermaksud; Ya Allah sesungguhnya aku mengasihinya oleh itu kasihila dia.

4. Manakala Abdullah bin Mas’ud r.a pula berkata; Sesungguhnya Rasulullah s. ‘a.w pernah bersabda mengenai al-Hasan dan al-Husayn ‘a.s; Inilah kedua-dua cucundaku! Sesiapa yang mencintai kedua-duanya maka ia mencintaiku dan sesiapa membenci kedua-duanya maka sesungguhnya ia membenciku.

5. Putera al-Husayn yang bernama Ali Zainal ‘Abidin pula meriwayatkan dari bapa dan datuknya, katanya bahawasanya Rasulullah s. ‘a.w telah mengangkat tangan al-Hasan dan al-Husayn dan bersabda; sesiapa yang mencintaiku maka hendaklah ia mencintai kedua-duanya akan menyertaiku pada hari Qiamat.[Sila rujuk kitab Tazkiratul Khawas karangan Ibn al-Juzi, Bab Mencintai Rasulullah dan al-Hasan dan al-Husayn] .

 KEMURNIAN PERIBADI AL-HUSAYN ‘A.S

    Tidak dapat disangkal lagi bahawa kedua cucunda Rasulullah s. ‘a.w al-Hasan dan al-Husayn ‘a.s telah membesar dan terasuh pada satu tahap yang dipersiapkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Ini disebabkan mereka akan menghadapi tugas yang besar untuk memimpin umat Islam dan seluruh dunia selepas kewafatan datuk mereka Rasulullah s. ‘a.w. Mereka juga berperanan besar untuk menegakkan dakwah dan risalah Islam sebagai lanjutan peranan Rasulullah s. ‘a.w. Pendek kata kedua-dua putera Fatimah az-Zahra ini telah melalui suatu proses tarbiyah dan asuhan kerohanian dan pemikiran di bawah naungan nenda mereka Nabi Muhammad s. ‘a.w dan kedua-dua ibu bapa mereka yang tercinta Imam Ali bin Abu Talib ‘a.s dan Fatimah az-Zahra binti Rasulullah s. ‘a.w.

    Oleh yang demikian kemurnian peribadi cucunda Rasul Islam yang agong s. ‘a.w itu menjadi sebati dan sepadu dengan risalah Allah Tabaraka wa Ta’ala. Lebih-lebih lagi sekiranya kita tinjau dari sudut aliran pemikiran mereka, tindakan dan perjuangan mereka yang agong. Di sini akan dibentangkan beberapa gambaran mengenai keperibadian as-Syahid Imam al-Husayn ‘a.s yang disoroti  dari aspek pemikiran, ideologi, keohanian dan amalan-amalannya.

    Hubungan Imam a-Husayn ‘a.s dengan Allah SWT

    Di sini pihak kami dengan batasan kemampuan yang ada ingin membentangkan secara menyeluruh bagaimana mendalamnya hubungan al-Husayn ‘a.s, pemimpin para Syuhuda ini dengan Tuhannya yang dirinduinya. Keperibadian dan sudut kerohanian beliau ini boleh dikaitkan dengan asuhan datuknya Rasulullah s. ‘a.w dan kedua-dua orang tuannya yang suci. Malah keperibadian ketiga-tiga pengasuhnya itu terpancar nyata pada keperibadian al-Husayn ‘a.s.

    Pernah pada suatu hari beliau ditanya oleh seseorang; Apakah yang menyebabkan engkau sedemikian takut kepada Allah? Lantas Imam berkata; Seseorang itu tidak akan mencapai kesejahteraan pada hari qiamat melainkan bagi mereka yang benar-benar takut kepada Allah di dunia.

    Pada suatu ketika yang lain Imam al-Husayn ‘a.s. dilihat.sedang mengambil wudhu’ untuk bersembahyang lalu didapati berubah air mukanya dan menggeletar seluruh jari-jarinya, lalu seseorang bertanya rnengenai kcadaannya yang demikian itu. Berikutnya Imam bcrkata; Inilah hak bagi sesiapa Yang menyedari Allah yang Maha Pcrkasa menguasai kedua-dua tangannya nescaya ia akan menghadapi keadaan berubah air mukanya dan menggeletar jari-jarinya

    Untuk melihat dengan lebih nyata perihal mendalamnya hubungan al-Husayn ‘a.s. dengan Allah ialah dengan memerhatikan kebesaran peribadinya pada peristiwa KARBALA yang rncmhawa kepada kesyahidanriya. Pada malam kesepuluh bulan Muharrãm yang suci (Asyura) Imam al-Husayn ‘a.s. yang sedang dikepung oleh tentera Bani Umaiyah teiah meminta mereka membenarkannya dalam detik terakhir dari kchidupannya untuk melakukan sesuatu. Katanva; Scsungguhnya kami inginmenunaikan sembahyang dan berdo’a pada Tuhan kami pada malam ini serta ingin benar kami memohon ampun kepadaNya. Kerana sesungguhnya Dia (Allah) amat mengetahui bahawa aku amat rindu untuk scmbahyang kepadaNva, membaca kitabNva serta memperbanyakkan do’a dan istighfar.

    Malah dalam detik-detik terakhir hayatnya Imam al-Husayn ‘a.s masih sempat hersembahyang zuhur pada siang hari di Padang Karhala dan meminta kepada para penyerang memberinya kesempatan untuk berdo’a dan bermunajat kepada Allah. Inilah jalan hidup yang dilalui olch imam umat islam, cucunda kepada Rasulullah s. 'a.w yang tercinta. Lihatlah bagaimana kuatnva kerinduan dan keasyikan Imam al-Husayn ‘a.s. kepada khaliqnya, pencipta dan pendidiknya.

    Antara do’a yang sering dikumandangkan oleh beliau adalah sebagaimana berikut:

    “Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku kerinduan dan kecintaan pada akhirat, sehingga aku mengenali kebenarannya di dalam hatiku dengan timbulnya rasa zuhud terhadap keseronokan duniaku. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku melihat dengan nyata segala urusan akhirat sehingga aku menuntut kebaikan-kebaikannya secara bersungguh-sungguh dan hindarilah diriku dari kejahatan dengan penuh perasaan takut untuk melakukannya…….Ya Rabbi…..”
Inilah sebahagian daripada kenyataan hubungan kerohanian di antara al-Husayn ‘a.s dengan Tuhannya SWT dan ekoran dari hubungan ini kami akan membentangkan pula keterampilan dan kecemerlangan pergerakan revolusi al-Husayn ‘a.s, pengorbanannya untuk menegakkan Islam, dan kesastriannya dalam menegakkan konsep jihad Islam yang sebenar-benarnya pada jalan Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Hubungan Imam Husayn ‘a.s dengan Manusia

    Seandainya kita ingin mendalami aspek akhlak dari keperibadian Imam al-Husayn ‘a.s maka amatlah wajar kita melihatnya dari segi perhubungan timbal balas beliau dengan umat manusia yang ditinjau dari berbagai suasana berasaskan bahawa beliau menjadi suri teladan kepada umah. Bolehlah dikatakan bahawa keperibadian al-Husayn ‘a.s dari sudut ini sebagaimana juga yang dilalui oleh para Imam umat Islam  yang lain yang mana perhubungan dengan manusia dibataskan oleh perundangan Allah SWT. Dengan kata-kata lain perlaksanaan amalan hidup beliau ini tergambar secara nyata dalam dunia kenyataan.

    Sungguhpun begitu di sini akan disoroti sebahagian dari aspek akhlak al-Imam yang memaparkan ketinggian budi pekertinya.

Merendah diri

    Apabila beliau melalui suatu perhimpuan orang-orang faqir miskin yang sedang menjamu makanan, lantas beliau memberi salam ke atas mereka. Berikutnya orang-orang faqir tadi menjemputnya untuk makan bersama mereka, lalu Imam al-Husayn ‘a.s duduk bersama mereka dan berkata; Kalaulah makanan ini tidak merupakan sedekah dari orang ramai nescaya aku akan makan bersama anda semua. Kemudian beliau berkata; Silalah datang ke rumah saya, lantas kesemua mereka berpergian ke rumah al-Husayn ‘a.s dan menikmati jamuan yang lazat serta mereka dilayani dengan sewajarnya.    

    Pendek kata di luar kemampuan kami untuk membentangkan secara terperinci tentang sifat merendah diri, tawadhu’ dan ketinggian budi al-Husayn ‘a.s. Namun begitu boleh dikatakan beliau telah mencapai tahap tertinggi sebagai pemimpin umat, sumber rujukan pemikiran dan perjuangan umat Islam sebagaimana yang telah digariskan oleh nas-nas al-Qur’an dan hadith-hadith Rasulullah s. ‘a.w.

    Adapun pencapaian yang tertinggi di dalam masyarakat sezamannya tidak mampu disaingi oleh tokoh-tokoh lain, walaupun oleh saudaranya Abdullah bin Abbas sekalipun yang lebih tua darinya. Malah Ibn Abbas menghormati kedudukan al-Husayn ‘a.s sehingga ia menarik tali tunggangan yang ditunggangi oleh al-Husayn ‘a.s sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang.

    Adapun kecintaan masyarakat Islam dan penghormatan mereka kepada al-Husayn ‘a.s dapat dilihat ketika mana beliau sedang menunggang kenderaannya untukmenunaikan fardhu haji di Mekah maka orang ramai telah turun dari kenderaan masing-masing untuk menyatakan penghormatan mereka kepada cucunda Rasulullah ‘s.a.w. Secara ringkas boleh dikatakan kemuliaan martabat beliau terletak kepada sikap merendah dirinya sehingga boleh bergaul dengan masyarakat yang paling sederhana pada zaman itu. Inilah jalan  hidup seorang zahid yang dituntut oleh Islam. Contoh yang paling dekat jika kita perhatikan bagaimana pada suatu ketika al-Husayn ‘a.s melalui suatu perhimpunan orang-orang miskin yang sedang menghadapi makanan mereka mengajak beliau makan bersama lantas al-Imam turun dari kenderaannya dan makan bersama mereka seraya berkata; Sesungguhnya  Allah tidak menyukai orang-orang yang berbesar diri. Al-Husayn ‘a.s menyatakan lagi; Sesungguhnya aku telah menerima pelawaan anda maka terimalah pula pelawaanku. Mereka berkata; Boleh! Lalu mereka semua diajak ke rumahnya dan menjemput mereka dengan katanya; Masuklah anda ke dalamnya dengan penuh kelapangan.

    Satu contoh lagi mengenai peranan positif beliau di dalam masyarakat tergambar nyata dari keterangan Syu’aib bin Abdul Rahman katanya; Pada suatu hari didapati suatu beban yang berat di atas bahu al-Husayn bin Ali, lantas orang bertanya puteranya Zainal Abidin mengenainya. Kata beliau; Inilah tugas yang mesti dilaksanakan bagi sesiapa yang memikul bebanan untuk meringankan penderitaan yang dibawa ke rumah-rumah golongan miskin, yang terlantar dan anak-anak yatim.

    Inilah gambaran tanggungjawab sosial Imam al-Husayn ‘a.s yang mengisyaratkan ketinggian darjatnya di dalam masyarakat.

    Al-Husayn ‘a.s Seorang Pemaaf

    Pada suatu hari seorang budak yang melakukan kesilapannya kepada al-Husayn ‘a.s telah berkata kepadanya: Wahai Tuan! Dan orang-orang yang menahan amarahnya (Firman Allah Surah Ali Imran: 134). Imam al-Husayn ‘a.s berkata; Terhindarlah aku daripadanya. Lantas budak itu berkata;…….Dan orang-orang memaafkan (kesalahan) orang. Imam berkata; Aku telah memaafkan dikau. Budak itu berkata: Wahai Tuan! Dan Allah menyukai golongan yang berbuat baik. Lalu Imam berkata kepada khadamnya itu; Dan anda dimerdekakan kerana Allah, jika anda kekurangan sesuatu bolehkah aku menolongmu.[Sumber Kasyful Ghimmah, Juzu’ 2, hlm. 241]

Keindahan Jalan Pemikiran Al-Imam

    Jalan pemikiran dan minhaj yang dilalui oleh al-Imam ialah jalan yang disyariatkan oleh Allah, perhatikan dialog beliau dengan penentangnya dari puak Khawarij iaitu Nafi’ bin al-Azraq yang berkata dengan angkuh kepadanya; “Sifatkanlah aku ini sebagai Tuhanmu yang disembah olehmu!’ Dengan penuh kebijaksanaan dan diplomasi al-Husayn ‘a.s menyatakan; Wahai Nafi’! Sesiapa yang meletakkan agamanya di atas jalan kias, maka ia tidak akan mencapai apa-apa faedahpun, ianya kosong tanpa jalan yang terang, terlonta-lonta tanpa pedoman, sesat kehilangan arah tujuan, berkata-kata tanpa keindahan, Wahai Putera al-Azraq! Sifatkanlah Ilahi Allah sebagaimana Dia menyifatkan diriNya, Dia tidak boleh dicapai dengan pancaindera, dan tidak boleh dikiaskan atau dibandingkan, yang terlalu dekat tanpa boleh disentuh, dan yang terlalu jauh tanpa hujungnya, Dia Maha Esa tanpa memiliki bahagian, dikenaliNya berdasarkan tanda-tanda ciptaanNya, yang boleh disifatkanNya dengan alamat-alamat dari makhlukNya, Tiada Tuhan Yang Layak di sembah melainkan Dia yang Maha Besar lagi Maha Melaksanakan….”

    Mendengar ucapan al-Husayn ‘a.s itu Ibn al-Azraq menangis tersedu-sedu tanda penyesalannya yang tiada taranya seraya berkata; Alangkah indahnya kata-katamu![Lihat tulisan Abu ‘Ilm Ahl Bayt, Bab Keilmuan, Kefasihan dan Ketinggian pidatonya]

    Dalam perjalanannya menuju Karbala’, al-Imam mengungkapkan ucapannya yang menggariskan pendirian dan sikapnya untuk menegakkan kebenaran Islam, demi menentang kezaliman dan penipuan politik musuhnya yang durjana Yazid bin Muawiyah. Dengarlah kata-kata al-Imam Husayn ‘a.s; “Sesungguhnya dunia ini telah berubah dan mengingkari haq, kebenaran telah ditinggalkan, tidak ada lagi yang tinggal padanya melainkan semut-semut dibekas-bekas makanan. Demikianlah tandusnya kehidupan sebagai penggembala kehilangan ternakannya. Tidakkah anda melihat kebenaran dan kenapakah tidak melaksanakannya? Akan tetapi kebatilan  dan kejahatan mengapa tidak boleh dihentikan……untuk menggembirakan seorang beriman dalam pertemuan dengan Allah…..ianya suatu kepastian. Sesungguhnya aku tidak melihat kematian, dan maut yang mendatang melainkan dengan penuh kebahagiaan, hidupku bersama dengan si zalim bagaikan duri yang menikam serta api yang membakar. Sesungguhnya manusia telah menjadi hamba dunia dan agama hanya berputar di lidah-lidah mereka, demikian jalan kehidupan yang dijalani oleh mereka, maka apabila mereka ditimpa dugaan hidup lantas mereka berkata telah hampirnya kami kepada kematian.”[Al-Hirani, Tuhful ‘Uqul ‘an Ali Rasul, Bab Apa yang ku lihat tentang al-Imam Husayn  bin ‘Ali, hlm. 174]

    Gambaran pemikirannya mengenai ibadah dan konsep perhubungan hamba dengan Allah terlukis dengan menariknya di dalam satu rangkaian ucapannya:
“Sebenarnya suatu golongan yang beribadat kepada Allah dengan rasa sukacita dan kelapangan maka itulah ibadat para pedagang. Adapun golongan manusia yang beribadat kepada Allah dalam keadaan takut dan penuh pengharapan, maka itulah ibadat golongan hamba Allah. Adapun suatu golongan yang beribadat kepada Allah dengan rasa penuh kesyukuran maka itulah ibadat golongan yang merdeka dan inilah bentuk ibadat yang paling utama.” [Al-Hirani, Tuhful ‘Uqul ‘an Ali Rasul, Bab Apa yang ku lihat tentang al-Imam Husayn  bin ‘Ali, hlm. 175]

    Selanjutnya perhatikanlah pendirian politik Imam al-Husayn ‘a.s ketika beliau mengupas perihal kerajaan Umaiyyah yang dilihat dari kacamata Islam; “Wahai manusia sesungguhnya Rasulullah s. ‘a.w telah bersabda; sesiapa yang melihat suatu pemerintahan yang menyimpang iaitu menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, mengengkari perjanjian dengan Allah serta menentang sunnah Rasulullah s. ‘a.w mereka pula melaksanakan perintah terhadap hamba-hamba Allah dengan membawa unsur dosa dan permusuhan, sedangkan ia tidak membuat perubahan sama ada dengan perbuatan dan perkataan, maka menjadi hak Allah untuk memasukkannya ke dalam neraka.” Berkata Imam al-Husayn ‘a.s lagi; “Ketahuilah bahawasanya mereka itu sentiasa menta’ati syaitan, serta meninggalkan  ketaatan kepada Allah Yang Maha Pemurah. Selanjutnya mereka melanggar undang-undang Allah, suka menyebarkan fitnah, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah serta mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Ketahuilah bahawa aku bertanggungjawab terhadap orang lain. Dan seterusnya aku telah difahamkan dengan perutusan kamu dan aku juga telah menerima kedatangan utusan anda semua yang menyatakan bai’at atau persetiaan kamu. Sesungguhnya mereka tidak dapat menyelamatkan aku dan tidak juga dapat memecatku. Seandainya telah sempurna bai’at kamu maka ikutilah pemikiran yang betul. Sesungguhnya aku ialah al-Husayn ‘a.s bin Ali ‘a.s yang juga putera Fatimah binti Rasulullah s. ‘a.w, diriku  adalah berserta diri kamu semua, keluargaku bersama keluarga kamu. Aku  adalah suri teladan bagi kamu, lalu kamu semua telah mengikat perjanjian denganku dan kamu semua telah mengikat perjanjian denganku, dan kamu semua juga telah terikat untuk membai’atku. Oleh itu bagaimanakah kiranya anda semua telah mengengkari semuanya. Sesungguhnya tindakan yang demikian itu ditujukan kepada ayahandaku, saudaraku dan sepupuku Muslim bin ‘Aqil. Terpulanglah kepada kamu untuk melaksanakan persetiaan itu. Sesiapa berusaha dan beramal maka kesemua itu untuk kebaikan dirinya nescaya Allah akan mencukupkan kamu.” [Al-Hirani, Tuhful ‘Uqul ‘an Ali Rasul, Bab Apa yang ku lihat tentang al-Imam Husayn  bin ‘Ali, hlm. 175] .

    Dalam hal kita mengikuti jejak-jejak kehidupan Al-Husayn ‘a.s. nescaya kita akan mengesani betapa mendalamnya peranan beliau di dalam kehidupan Islam. Lebih-lebih lagi sumbangan beliau untuk mengembalikan umat manusia ke jalan yang lurus selepas didapati tunggak pemerintahan telah beralih ke tangan dinasti Umaiyah yang menghancurkan konsep Khilafah dan Imamah yang murni sebagaimana yang dikehendaki oleh syari’at Islam. Peranan yang didokongi oleh Imam al-Husayn ‘a.s. sejak beliau masih muda remaja lagi iaitu ketika ayahandanya Irnam Ali bin Abu Talib r.d. menegakkan pemerintahan Islam di Madinah. Imam al-Husayn ‘á.s. beserta saudaranya Imam Hasan ‘a.s. turut mcnyertai beberapa peperangan untuk menegakkan Imamah Amir al-Mu’minin Ali bin Abu Talib r.d. Umpamanya beliau menyertai tiga peperangan yang amat penting iaitu Perang Jamal, Siffin dan Nahrawan yang didokongi oleh ayahandanya Amir Mu’minin Ali, saudaranya al-Hasan dan para sahabat Rasulullah (s. ‘a.w.) yang cintakan ahl Bayt rasutnya serta para tabi’in radhiyaLlahu ‘anhum.

    Selanjutnya, apabila saudaranya al-Hasan memegang amanah Imamah, maka Imam al-Husayn tetap menjadi panglima tentera yang ta’at kepada saudaranya itu serta turut merasai pahit maungnva perjuangan yang didokong oleh kekandanya itu. Seluruh peristiwa yang dilalui menjadi sempadan dan pedoman baginya. Sehinggalah beliau turut kembali semula ke Madinah dari Kufah yang menjadi pusat pemerintahan ayahanda mereka. Demikianlah juga para anggota ahi Bayt 'a.s. turut menyumbangkan peranan mereka dalam menegakkan dan mempcrtahankan pengajaran Islam yang dibawa dan diasaskan otch datuk mereka Rasulullah s. ‘a.w. Sumbangan mereka yang berpengaruh itu bolehlah diperhatikan dengan perjuangan al-Husayn ‘a.s. yang sanggup mengorbankan harta, nyawa dan darah untuk menegakkari syari’at Islam.

    Selepas kesyahidan saudaranya Irnam Hassan ‘a.s. yang diracun oleh ejen-ejen musuh ahl bayt maka peranan Imam Husayn ‘a.s. berada ditahap yang baru pula. Ini disebabkan era kehidupan yang dilaluinya lebib mencabar akihat Bani Umayyah semakin melampau menentang dasar Islam terutaman dalam bidang politik dan pemerintahan. Keadaan ini sering terjadi dikalangan Iniarn-imam Ahl bayt ‘a.s. yang membataskan peranan mcreka juga berasaskan situasi kemasyarakatan pemikiran dan suasana politik semasa. Sesungguhnya Imam a!Husayn ‘a.s. telah menemui satu jalan baru yang terbentang di hadapannya untuk mengembeling harakah atau pergerakan Islam yang lebih maju dan radikal bagi menghadapi konspirasi golongan munafiq yang memegang tampuk pemerintahan pada masa itu. Pergerakan Islam semakin memerlukan tindakan yang lebih terkehadapan dan matang berikutan suasana gawat ekoran kewafatan Imam Hassan a.s. Ini disebabkan walaupun Bani Umayah menguasai pemerintahan secara formal, namun kepimpinan umat secara rohaniah danhakiki berada ditangan Imam-imam Ahlul Bayt Rasulullah s. ‘a.w. Dasar imam sememangnya telah ditetapkan oleh syari’at Islam untuk memimpin umat Islam dan dunia. Garisan Ilahi ini telah digariskan dengau tegas oleli Rasulullah s.’a.w. di dalam hadith-hadithnya serta sirahnya.

    Antara hadith tersehut ialah yang diriwayatkan oleh Jahir bin Samrah r.d. yang berkata; Aku telah menemui Rasulullah s. ‘aw. bersama dengan bapaku dan aku mendengar Rasulullah s. ‘a.w. bersabda yang bermaksud Sesungguhnya Urusan ini (Islam) tidak akan selesai dilaksanakan melainkan telah datang dikalangan mereka dua belas orang khalifah. Berikutnya Rasulullah s. 'a.w. bercakap secara sulit dengan bapaku. Kcmudiannya aku bertanya apakah yang disabdakan olehnya. Lalu bapaku berkata Rasulullah s. ‘a.w. bersabda; Kesemua mereka itu adalah dari kaum Quraisy.[Lihat Sahih Muslim, Juzu’ 2, Bab Imarah, hadith ini keluarkan dalam berbagai sandaran dan jalan serta dengan berbagai lafaz yang hampir sama, lihat juga Sahih Bukhari, at-Tirmidzi dan Abu Daud dalam bab yang sama.]

    Di dalam suatu hadith yang lain Ubabah bin Rab’i meriwayatkan pula Jabir katanya: Rasulullah s. ‘a.w. hersabda maksudnya; Aku adalah pemimpin para Nabi dan Ali adalah pemimpin para pemegang wasiat., Adapun pemegang wasiatku selepasku adalah seramai dua belas orang Ali adalah yang paling awal dikalangan mereka dan yang akhirnya ialah Imam Al-Qaim Al-Mahdi.[Lihat kitab Yanabi’ al-Mawaddah tulisan al-Hamawi, Juzu’ 11, bab 77]

    Manakala Salman al-Farisi pula telah berkata; Aku telah datang menemui Rasulullah s. ‘a.w sedangkan junjungan pada maa itu sedang meriba Saidina Husayn ‘a.s serta mengucup mulutnya lalu Rasulullah s. ‘a.w bersabda kepada al-Husayn ‘a.s, Engkau adalah pemimpin (sayyid) putera kepada sayyid dan saudara kepada sayyid, dan engkau Imam putera kepada Imam seta saudara kepada imam, dan engkau pemegang amanah Allah (hujjah) putera kepada hujjah serta saudara kepada hujjah serta bapa kepada sembilan orang Imam, yang kesembilannya dibangkitkan ialah al-Mahdi. [Lihat kitab yang sama dengan huraian oleh Ibn Khawarizmi]

    Boleh dikatakan terdapat berpuluh-puluh hadith dan keterangan-keterangan yang jelas mengenai konsep Imam dua belas khalifah 12 selepas Rasulullah s. ‘a.w. Menurut Sheikh al-Qunduzi Rasulullah s. ‘a.w mengisytiharkan khalifah-khalifah selepasnya berjumlah 12 orang sebanyak seratus hadith yang menyebut nama-nama mereka dengan jelas, manakala seratus hadith yang lain disebut secara umum.[Sila rujuk kitab Yanabi al-Mawaddah oleh Syeikh al-Qunduzi, Juzu’ 3 di dalam menerangkan bab Imam dua belas dan nama-nama mereka]

    Apabila kita kembali memperkatakan Imamah al-Husayn ‘a.s maka perhatikan kita agak istimewa mengenai keistimewaan kepimpinan beliau dan situasi politik yang wujud di zamannya sehingga tindakan-tindakannya menjadi terkehadapan dalam menentang “Thoghut dan penguasa yang zalim serta menyeleweng pada masa itu. Sungguhpun demikian tindakan dan peranan al-Husayn ‘a.s tetap dibataskan oleh kehendak syariat Islam semata-mata. Berikut ini akan dikemukakan keadaan dan latar belakang yang akan mencetuskan revolusi Islam al-Husayn ‘a.s yang dianggap sebagai revolusioner Islam yang kedua selepas Rasulullah s. ‘a.w [Ath-Thair al-Thani].

Peristiwa-Peristiwa Selepas Perjanjian

    Selepas saja termeterai perjanjian di antara Imam al-Husayn ‘a.s dengan Muawiyah yang berusaha merebut jawatan khalifah sejak dari zaman Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib r.d. maka Muawiyah dan tenteranya pun memasuki kota Kufah. Berikutnya Muawiyah mengemukakan ucapan yang berupa ancaman kepada penduduk kota tersebut, katanya:

    “Wahai penduduk Kufah! Adakah kamu melihat aku memerangi kamu kerana kamu bersembahyang, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji. Sesungguhnya aku mengetahui bahawasanya kamu sentiasa bersembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji. Akan tetapi aku memerangi kamu adalah untuk menguasai kamu dan hamba-hamba kamu. Sesungguhnya aku telah diperintahkan oleh Allah untuk melakukannya! Namun begitu kamu semua tetap berdegil. Ketahuilah, sesungguhnya setiap harta atau darah yang tumpah kerana fitnah ini sudah menjadi kelaziman. Ini disebabkan setiap kejadian dan perkara ada sebab dan akibat, dengan ini kakiku melangkah ke mari…”[Syarh Nahjul Balaghah oleh ibnu Abil Hadid, Juzu’ 16, hlm. 15, cetakan 1959, Dari Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah]

    Sesungguhnya ucapan dan ancaman sedemikian itu merupakan suatu pelanggaran terhadap perjanjiannya dengan al-Hasan bin Ali ‘a.s. Dan inilah corak politik Muawiyah sehinggalah segala rancangannya untuk berkuasa penuh berjaya dicapai. Inilah politik Machiavelli iaitu matlamat yang menghalalkan cara. Antara rancangan itu ialah berusaha menghapuskan seluruh penentangan yang terdiri dari pengikut Imam Ali bin Abi Talib ‘a.s Ahl Bayt seluruhnya yang selama ini menghalang cita-citanya untuk berkuasa. Malah pernah Muawiyah berpesan kepada tenteranya dalam menghadapi musuh-musuhnya:…….Hendaklah kamu bunuh siapa saja musuh yang kamu temui, hancurkan kekuasaan dan sumber yang mengukuhkannya, musnahkan harta benda mereka kerana dengan menghancurkan harta mereka bererti melumpuhkan kekuatan mereka [Nahjul Balaghah, Juzu’ 11, hlm. 86] gambaran politik Muawiyah ternyata dengan kata-katanya kepada gabenor-gabenornya: Hendaklah kamu perhatikan suatu golongan yang terlalu cintakan Ali dan ahli-ahli keluarganya, hapuskanlah mereka dan sumber-sumber ekonomi mereka. “Selanjutnya Muawiyah menyatakan lagi….Lumpuhkan kekuatan mereka dengan mengadakan berbagai tipu daya serta hancurkanlah tempat tinggal mereka.”    

    Dalam hal ini Imam Muhammad al-Baqir ‘a.s menegaskan tentang corak kekejaman Bani Umaiyyah katanya:….. “Golongan kami (Syi’ah Ali) telah dibunuh dan diperangi di setiap penjuru negeri, tangan-tangan dan kaki-kaki kami dipotong berdasarkan syak wasangka, malah sesiapa yang mencintai dan cenderung kepada kami dipenjarakan, dimusnahkan harta benda mereka, dihancurkan kampung halaman mereka….kekejaman itu mencapai puncaknya pada zaman  Gabenor Yazid yang bernama Ubaidillah bin Ziyad yang membunuh al-Husayn ‘a.s.

    Kezaliman rejim Umawi begitu menonjol apabila mereka membunuh para sahabat Rasulullah s. ‘a.w yang mencintai Ali dan Ahl Baytnya antara mereka ialah: Hujr bin Adi serta 13 orang pengikutnya yang mula-mula digantung sampai mati oleh Muawiyah, Rasyid al-Hijri, Amru bin Haq al-Khaza’e, Awfa bin Hisan dan ramai lagi sebagaimana yang digambarkan oleh ahli sejarah yang terkenal at-Tabari dan kitab Syarh Nahjul Balaghah.

    Pendek kata polisi Bani Umaiyah iàlah menghancurkan semua kekuatañ penentangnya termasuk harta benda mereka dengan mengugut peribadi muslim untuk di bawah tekanan politik jahiliyah sekular mereka. Muawiyah yang mengupah setengah ahli hadith àntuk memesungkan hadith Rasulullah s. ‘a.w. yang sahih serta mencipta hadith-hadith palsu demi memperkuatkan kedudukan Bani Umayyah dan bertujuan untuk memperkecil-kecilkan dan menyanggah All dan AhI Bayt Rasulullah s. ‘a.w. Muawiyah juga menggunakan wang ringgit dan kekayaan untuk tujuan politiknya. Sebagai contohnya beliau mengirimkan wang sebanyak 1000 dirham kepada Malek Ibn Habfrah As-Sukuni supaya membunuh Hujur bin Adi r.a. yang menjadi pengkritik Muawiyah yang paling berani. Demikianlah kebebasan bersuara dimusnahkan oleh rejim Umawi dengan mewujudkan ancaman kepada para penentang mereka.

    Satu lagi perrnainan politik Umawi ialah mempersempitkan kedudukan ekonomi dengaa memerangi musuh-musuh mereka dengan permulauan ekonomi serta keperluan harian. Para penyokong Imam Ali ‘a.s dan ahl bayt ‘a.s. diboikot sehingga mereka kelaparan dan mencatukan makanan. Inilah bentuk politik Muawiyah sepanjang pemerintahan dari tahun 41 hingga 60 hijrah.

    Muawiyah juga meniupkan api perkapman dan nasionalisme di kalangan umat Islam. Umpamanya diwujudkan pertentangan di antara Arab, penduduk Yaman dengan Madinah, Mesir, Iraq dan seterusnya... .Malah golongan bukan Arab yang baru memeluk Islam dipanggil Mawali atau hamba tawanan oleh rejim Umawi. Selanjutnya Muawiyah telah menyingkirkan cucunda Rasulullah s.a.w. iaitu Imam Hassan Putera Fatimah az-Zahra daripada menjadi pemimpin umat Islam yang bertepatan dengan syari’at Islam serta yang dihormati dan dikasihi oleh umat Islam. Sebaliknya beliau mengangkat anaknya Yazid menjadi putera mahkota yang bakal menggantikannya sebagai raja Bani Ummayah. Sudah tentu perlantikan itu terang-terang berlawanan dengan syarat perjanjian dengan Imam Hassan a.s. yang menegaskan bahawa pengganti beliau hendaklah diserahkan kepada Imam al-Hassan ~a.s. Dan seandainya Imam at-Hassan ‘as. meninggal dunia maka adiknya al-Husayn sepatutnya diangkat menjadi Amir al-Mu’minin.

    Dengan ini Muawiyah telah menjalankan rancangan dan tektiknya yang kotor itu untuk mencapai kekuasaan dengan berpaling dari hakikat ajaran Islam Dan sejak itu jawatan khalifah atau raja telah menjadi warisan Bani Umaiyah, yang mengikuti garisan sistem diktator atau kuku besi yang dipaksakan ke atas umat Islam dari saat dan semakin hebat setelah kematian Muawiyah yang digan- tikan oleh puteranya Yazid. Dengan pengangkatan Yazid sebagai raja atau ‘penguasa itu jelaslah semakin muramnya kehidupan umat Islam dan semakin hebat setelah kematian Muawiyah yang digantikan oleh puteranya Yazid. Dengan pengangkatan Yazid sebagai raja atau penguasa ‘itu jelaslah semakin muramnya kehidupan umat Islam. Lebihlebih lagi dengan keperibadian Yazid yang bertentangan dengan akhlak Islam. Ini bererti suatu bentuk pengembalian kepada jahiliyah dalám bentuknya yang baru. Watak Abu Jahal, Namrud, Fir’aun yang terjelma semula selepas kewafatan Rasulullah s. ‘a.w. ini disebabkan Yazid tidak terdidik dengan asuhan Islam, sebaliknya kehidupannya bergelumang dengan arak, zina dan berpoya-poya yang berlawanan dengan keperibadian Islam. Hasil dan keperibadian yang negatif ini telah mencetuskan suasana pemerintahan jahiliyah di zamannya, sehingga para penentangnya disiksa dan “diburu... Kota Madinah turut menjadi mangsa kedurjanaan Yazid dan tenteranya, demikian juga kota suci Makah telah dicerobohi dengan ganas. Suasana seperti inilah yang menggerakkan dan mendorong Imam al-Husayn a.s. untuk bangkit menentang arus jahiliyah yang dibawa oleh rejim Umawi dan tidak ada pilihan lain melainkan berjihad pada jalan Allah dan melancarkan revolusi Islam untuk mengembalikan kehidupan Islam serta meruntuhkan jahiliyah, kezaliman dan kejahatan Bani Umaiyah dan kuncu-kuncunya.
 
Angin Revolusi Al-Husayn

    Muawiyah dan puteranya Yazid telah menggunakan paksaan dan ancaman untuk mendapatkán bai’at atau janji setia dari umat Islam. Malah al-Husayn ‘a.s. dihadapi dengan keras oleh kedua-dua penguasa Umayah itu. Dengan itu kehidupan Islam mula diganggu gugat oleh penguasa rejim Umawi. Selepas kematian Muawiyah Yazid bertindak dengan lebih keras lagi untuk menghadapi musuh-musuh rejimnya.

    Sebenarnya sebelum kematian MuawIyah, beliau telah mengangkat anaknya Yazid menduduki jawatan penggantiannya. Muaawiyah telah memaksa semua’ golongan manusia untuk memberi keta’atan dan kesetiaan kepada Yazid. Maka demikian juga Yazid setelah menjadi raja Bani Umaiyah lantas beliau melaksanakan penntahnya untuk memperolehi bai’ah atau pensetiaan dan orang ramai demi mengukuhkan kerajaannya~ Untuk tujuan itu Yazid pun menulis surat kepada gebenornya di Madinah yang bernama al-Walid bin Utbah supaya beliau mendapatkan bai’at dari penduduk Madinah secara umumnya dan mendapatkan bai’at daripada al-Husayn ‘a.s.dalam bentuk yang khusus. Berikutnya al-Walid bersegera melaksana kan perintah majikannya dan menghantarkan utusannya untuk menemui al-Husayn ‘a.s. pada  lewat malam. Pada ketika itu a!Husayn ‘a.s sedang bermuzakarah dengan tiga puluh orang lelaki dari kalangan keluarga dan pengikutnya. Imarn al-Husayn memberitahuku utusan itu bahawa beliau tidak alan memberi bai’at secara bersendirian tetapi beliau akan meninjau sejauh manakah orang ramai di Madinah sanggup memberi bài’at kerana persoalan orang ramai di Madinah sanggup memberi bai’at kerana persoalan ini memerlukan penyatuan fikiran seluruh umat Islam. Kenyataan Imam al-Husayn ‘a.s. itu adalah untuk melewatkan tindakan Yazid kerana beliau memaklumj bahawa atas nasihat Mar-wan bin Hakkam penasihat Yazid yang menggesanya mengambil tindakan keras dan pembunuhan seandainya Imam Husayn tidak mahu memberi bai’at.  [Kitab al-Irsyad, oleh Syeikh al-Mufid, Bab Memperingati al-Husayn bin Ali, cetakan 1377H, hlm. 183]

    Sungguhnya al-Imarn Husayn telah membuat keputusan untuk menolak dan menentang Yazid secara terang-terangan. Beliau berazam untuk memikul tanggungjawab sebagai Imam umat Islam yang melanjutkan peranan datuknya Rasulullah s. ‘a.w. lántas mendirikan sembahyang ziarah diikuti dengan do’anya, “...Ya Allah sesungguhnya inilah kubur Nabi Muhamad s. ‘a.w. dan aku adalah putera kepada puteri Nabi Muhamad s. ‘a.w. dan aku hadir di sini dengan urusan yang sememangnya dimaklumi olehMu. Ya Allah! Sesungguhnya aku mencintai ma’ruf dan membenci kemungkaran, dan aku memohon kepadaMu wahai Yang Maha Mülia dan Maha Perkasa dengan haq kubur nabiMU ini dan siapa yang ada di dalamnya supaya aku pilih untuk menjalankan urusan yang diredhai olehMu dan diredhaj oleh rasulMu..”[Kitab Maqtal al-Husayn, karya Abdul Razzaq, hlm. 147]

    Dengan ini tergambar dengan jelas kesedaran aI-Husayn ‘a.s. untuk memikul risalah Tuhannya, walaupun diketahui betapa beratnya bebanan itu. Di sisinya tiada yang lain yang lebih berharga melainkan keredhaan Allah ta’ala jua. Berdasarkan rangkaian do’a Imam al-Husayn. ‘a.s. itu akan dapat merasakan betapa be!iàu bersedia nntuk menjadi pahlawan tentera Allah yang akan menyerahkan jiwa raganya demi menegakkan risalah Ilahi yang dipertanggung.. jawabkan ke atasnya. Tidamkk hairanlah mengapa Imam al-Husayn bersedia menjual dirinya kepada Allah ‘azza wajalla dan demi kerana Allah jua.

    Berikutnya Imam al-Husayn ‘a.s. mengumpulkan para ahl Bayt dan sahabatnya yang setia mengarahkan mereka segera meninggalkan kota Madinah dan memulakan perjalanan ke Makah... Sungguhpun ada pihak yang menggangap langkah Imam membawa implikási buruk kepada dirinya namun al-Husayn dengan penuh kecekalan bangkit untuk memperjuangkan hak dan kebenaran Islam walaupun memaksa dirinya mengorbankan kepentingkan diri dan pengikutnya.

    Inilah sebahagian dari siri revolusi Islam awal yang dirakamkan dari lembaran kebangkitan al-Husayn ‘a.s. Kenyataan ini dapat dilukiskan dengin mengemukakan sebahagian surat wasiat yang diutuskan oleh al-Husayn ‘a.s. pada saudaranya Muhamad Ibnu al-Hanafiah... katanya “....Sesungguhnya daku tidak keluar ke medan jihad dengan berniat jahat, Melakukan kerosakañ atau kezaliman. Sebaliknya aku keluar untuk memperjuangkan kebaikan dan rahmat kepada umat datukku Nabi Muhamad s. ‘a.w  Aku berkeinginan untuk menyeru kepàda ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Sebenarnya aku sedang menjalani jalan datukku Muhammad s. ‘a.w. ayahandaku Amir al-Mu’minin Ali bin Abu Talib ‘a.s. Tidak ada apa yang ku harapkan melainkan kebenaran, dan Allah lebih berhak untuk kebenaran itu. Sesiapa yang menentang gerakan ini maka bersabarlah sehingga Allah mendatangkan ketetapannya di antaraku dengan golongan yang menegakkan kebenarañ dan Dialah Allah Yang Maha Mengemukakan keadilan...”[Al-Wathaiq ar-Rasmiyyah Li Thawratul Husayn karya Abdul Karim al-Qazwaini, hlm. 36 yang dipetik dari karya al-Khawarizmi] Inilah garis revolusi Islam yang didokong oleh Imam al-Husayn ‘a.s. cucunda Nabi besar kita Muhammad s. ‘a.w. Ianya menjelaskan sasaran dan dorongan asasi ke arah pergerakan Islam yang dibangkitkan oleh Imam umat yang suci itu.

    Rombongan al-Husayn a.s. menghala ke kota suci Makah yang bersejarah, rombongan yang lidah mereka berkumandang dengan zikrullah, dan hati mereka dipenuhi dengan kerinduan kepada Allah. Ketika memasuki kota Makah al-Imam al-Husayn ‘a.s. membaca Firman Allah:

Ertinya: “Dan ketikamana beliau menuju ke negeri Madyan, lalu Nabi Isa ‘a.s. berkata; Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan kepadaku jalan yang lurus.” (Surah al-Qashash ayat 22).

    Setelah tiba di Makah rombongan tersebut memasuki perkampungan al-Abbas bin Abdul Muttalib. Kedatangan al-Husayn ‘a.s dan pengikutnya itu telah disambut hangát oleh penduduk Makah yang menyayangi dan menghormati cucunda Rasulullah s. ‘a.w. Ketika Imam Husayn a.s. berada di Makah. Ia telah mendengar penentangan terhadap Pemerintahan Yazid .telah mencapai kemuncaknya di Kota Kufah ibu negeri Iraq. Pergerakan penentangan dan revolusi bergelombang hebat untuk menggulingkan regim thaghut Yazid mempengaruhi penyokong atau syi’ah ahl bayt Rasulullah  s. ‘a.w. Pemimpin golongan yang menantang Yazid di Kufah ialah, Sulaiman bin Sard Al-Khuza’i, yang mengetahui kahawa Imam Al-Husayn ‘a.s. juga turut menentang perlantikan Yazid sebagai khalifah atau pengausa ke atas umat Islam. Dengan itu seluruh pengikut Imam mengisytiharkan pendirian Imam al-Husayn 'a.s untuk memerangi musuh-musuh mereka walaupun terpaksa mengorbankan nyawa mereka sendiri.

    Selepas sahaja penduduk Kufah bersepakat dan menyatukan pemikjran mereka untuk memberi bai’at kepada al-Husayn 'a.s. maka para pemirnpin mereka menulis surat menyatakan penentangan mereka terhadap pemerintahan Yazid/Umawi. Mereka hanya redha berada di bawah pemerintahan al-Husayn ‘a.s. Berikutnya mereka mengisytiharkan al-Husayn 'a.s sebagai khalifah dan Imam umat Islam. Penduduk Kufah yang menyertai persetujuan itu berjumlah seratus ribu orang.

    Dengan itu secara muktamad mereka memberi bai’at dan keta’atan kepada al-Husayn a.s. tunduk tunduk di bawah kekuasaan ahl bayt Rasuluflah s. Rasulullah. Penduduk Iraq juga bersedia untuk mengorbankan diri mereka demi menegakkan risalah Islam dan demi menggembelingkan haq al-Husayn ‘a.s. pada tempatnya.

    Setelah memperolehi gambaran yang positif itu al-Imam Husayn mengutuskan sepupunya Muslim bin ‘Aqil seorang lelaki yang bertaqwa dan amanah serta memiliki kepimpinan yang tinggi untuk menemui penduduk Kufah serta mengukuhkan lagi dakwah dan pengajaran Islam di sana. Muslith bin ‘Aqil juga membawa perutusan yang penting kepada penduduk Kufah yang antara lain hermaksud (Surat al-Husayn bin Ali) 

Bismillahir Rahmanir Rahim

    Daripada al-Husqyn bin Ali ‘a.s. kepada para Pemimpin Islam dan orang-orang yang beriman; Sesungguhnya aku merasa bahagia dan sukacita inenerima surat-surat dan Perutusan kamu semua dan sukacita menerima surat-surat dan perutusan kamu semua dan demikian juga telah tiba utusan kamu kepadaku. Daku telah memahami apa .yang dinyatakan oleh anda semua bahawa di sisi anda tidak memiliki seorang Imam. Terimalah mudah-mudahan Allah menghimpunkan kita  di alas kebenaran dan petunjukNya. Daku telah mengutuskan kepada anda semua saudaraku, sepupuku daripada kalangan ahl bayt iaitu Muslim bin ‘Aqil. Daku telah mengarahkannya supaya memberitahuku hal ehwal dan Pendirian anda semua. Seandainya dia menulis surat kepadaku bererti dia telah mengumpulkan seluruh pandangan para pemimpin anda yang memiliki keutamaan dan kelebihan di kalangan anda. Mudah-mudahan kesemuanya menyamai apa yang digambarkan oleh utusan-utusan anda. Sebenarnya aku telah membaca semua surat-surat anda. Sesungguhnya aku telah membaca semua surat-surat anda. Sesungguhnya aku telah mengutuskan kepada anda seorang yang boleh menguruskan urusan anda Insya Allah ta ‘ala. Demi usiaku bukanlah aku ini Imam melainkan menjadi hakim yang bersandarkan kepada Al- Qur'an yang bangun menegakkan keadilan, pemegang amanah agama dengan pengajaran Allah yang benar dan akan ku korbankan diriku demi kerana Allah juga. wassalam.[Ma’a al-Husayn fi nahdlaatihi karya Asad Haidar fil Kufah]

    Penduduk Kufah dengan rela hátinya memberi keta’atan, al-wala’ dan kepatuhan untuk membai’at al-Husayn ‘a.s. Mereka juga menerima Muslim bin ‘Aqil sebagai pemimpin utusân al-Husayn untuk menegakkan risalah Allah dan kekuasaan ahl bayt Rasulullah s. ‘a.w. Pada peringkat tidak ada perubahan langsung dalam keta’atan mereka. Manakala Muslim juga merasa sungguh besar amanah yang dipikulnya itu, antara suratnya kepada al-Husayn adalah seperti berikut;

    “Sesungguhnya sesuatu kenderaan tidak akan membohongi tuannya, sesungguhnya seluruh penduduk Kufah bersamaan denganmu. Mereka telah memberi bai’at dan jumlah mereka ialah lapan puluh ribu orang. Bersegeralah menerima khabar ini wassalamu ‘alaika warahmatuLlah wa barakatuh.
 
Penduduk Kufah Tergugat

    Penguasa Parti Umawi di Iraq merasai betapa hebatnya gerakan memperjuangan dan mengukuhkan risalah Islam di bawah pimpinan al-Husayn ‘a.s. di Iraq sehingga pengaruh pergerakan itu meresapi keseluruhan anggota masyarakat Kufah. Para pembesar rejim Umawi di Iraq segera melaporkan kesemua perkembangan itu kepada Yazid bin Muwiyah Presiden Parti Umawi yang berpusat di Damsyik Syria. Setelah menerima laporan rasmi dari kuncu-kuncunya di Iraq maka bersegera Yazid mengutuskan Ubaidullah bin Ziyad menjadi gabenor Kufah yang memiliki. keperibadian yang ganas, zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Ibnu Ziyad selanjutnya membawa api permusuhan terhadap ahl bayt Rasulullah s. ‘a.w. Beliau bersama beratus-ratus orang tenteranya memasuki ke kota Kufah dengan memberi ancaman dan ugutan kepada mereka. Sebahagian dari kata-katanya adalah seperti berikut;

    Sesungguhnya Amir al-mu'minin Yazid telah melantik aku untuk memerintah hal ehwal kamu. Aku juga diperintahkan untuk menyedarkan dan mengajar orang-orang yang dizalimi serta membuat kebaikan kepada mereka yang ta’at kepada perintah kami. Akan tetapi pedang dan lembingku akan menghadapi sesiapa yang berpaling dari perintahku dan membelakangi perjanjian denganku maka terimalah padahnya kepada mereka yang demikian...[Kitab al-Irsyad, oleh Syeikh al-Mufid]

    Bermula dari saat itu situasi Kufah mula berubah dengan gelombang pertentangan dan penekanan supaya kekuatan rejin Umawi bertapak semula. Ancaman-ancaman yang dilakukan oleh kuncu-kuncu Umawi itu rupa-rupanya telah menimbulkan rasa takut dan bimbang sebilangan besar penduduknya. Sehingga ibu-ibu melarang anak-anaknya dari keluar membantu Muslim bin ‘Aqil manakala golongan yang tamak pula telah berpaling dari kebenaran. Sebaliknya mereka bertumpu ke istana gabenor Umawi untuk mendapatkan harta dan kemewahan yang ditawarkan oleh Ibnu Ziyad. Gejala seperti ini mula bersemarak di kota Kufah.

    Adapun golongan yang ikhlas dengan dakwah dan risalah Islam mereka tetap tidak berganjak dari memberi sokongan kepada Muslim bin ‘Aqil yang menjadi wakil al-Imam al-Husayn ‘a.s; Sungguhpun demikian sokongan itu terpaksa diberi secara rahsia dan bersembunyi.. sembunyi. Demikianlah berubahnya bai'at mereka. Sehingga dakwah Islam yang benar itu telah bertukar menjadi dakwah secara rahsia dan sulit. Muslim pula berpindah dari rumah Mukhtar bin Abu Ubaidah yang menjadi orang yang pertama memberi bai’at ke rumah Hani bin Urwah. Tentunya ini merupakan satu perubahan yang besar. Keikhlasan Hani bin Urwah menyokong pergerakan Ahl Bayt tidak berganjak sejak zaman pemerintahan Amir Al-Mu’minin Ali bin Abu Talib ‘a.s lagi. Dengan itu gerakan ahl bayt Rasulullah s. ‘a.w. mula bergerak secara rahsia setelah mendapat sokongan terbuka penduduk Kufah sebelumnya.

    Bagi Ibnu Ziyad pula apa yang difikirkannya ialah bagaimana ingin membongkar tempat tinggal atau markas Muslim bin ‘aqil r.a. Untuk tujuan itu beliau mengutuskan ejen-ejen rahsianya untuk meresapi ke dalam gerakan ahlul bayt serta berpura-pura menyokong perjuangan Islam di bawah pimpinan al-Husayn.

    Dalam pada itu pendirian Muslim, bin ‘Aqil dan Hani’ bin Urwah tetap teguh untuk menegakkan syari’at Islam dan menentang segala bentuk kemungkaran rejim umawi dan kuncu-kuncunya Malangnya, walaupun tentera Muslim mempunyai bilangan yang banyak tetapi anasir perpecahan akibat diresapi ejen Ibnu Ziyad membawa kepada kelumpuhan pergerakannya di Kufah. Sebaliknya Ibnu Ziyad menggunakan berbagai tipu helah dan tipu. daya untuk menguasai penduduk Kufah dan melemahkan gerakan Muslim bin ‘Aqil sehingga tentera Muslim turut dipecahbelahkan oleh taktikjahat Ibnu Ziyad. Sungguhpun dernikian Muslim bin ‘Aqil dank Hani bin Urwah memilih jalan syahid pada jalan Allah demi mençgakkan pergerakan Islam di bawah pimpinan Imam al-Hussayn ‘a.s. cucunda Rasuluilah s. ‘a.w. Kesyahidan dan jihad pahiawan-pahiawan Islam ini adalah jalan yang sebaik-baiknyá dipilih oleh mereka daripada menyerah diri dan melutut kepada kémungkaran kerajaan Bani Umaiyah.

Perjalanan Menuju ke Iraq

    Kebangkitan al-Husayn 'a.s tetap membimbangkan para pem besar Bani Umaiyyah. Lébih-lebih bagi dengan kepimpinan dan keperibadian besar cucunda Rasulullah s.’a.w. yang sedang memperkuatkan kegiatannya di Makah menjadi ancaman kepada kestabilan kerajaan beraja Umawi. Oleh yang demikian Yazid mengutuskan tenteranya dari Syria di bawah pimpinan Amru bin Sa’id bin al-’As untük’ membunuh al-Husayn a.s. yang sedang berada di kota suci Makah dengan apa cara sekalipun.

    Setelah al-Imam al-Husayn mendengar berita rancangan jahat Bani Umaiyah terhadapnya maka bersegera beliau menuju ke BaituL lah al-haram untuk beribadat dan bermunajat kepada Allah ‘azza wa jalla. Sungguhpun begitu al-Imam berkeyakinan bahawa Yazid dan tenteranya tidak akan memelihara kesucian Ka’abah dan tidak menghormati para jemaah haji maka beliau bercadang untuk meninggalkan kota Makkah dan menuju ke Iraq. Antara ucapan beliau sebelum keluar dari Makah adalah sebagaimana berikut;

     “Segala puji bagi Allah barang yang dikehendaki oleh Allah dan tidak ada kekuatan yang lain melainkan Kekuasaan Allah, selawat dan salam kepada rasulNya. Garisan maut ke atas Bani Adam umpama garisan perjuangan bagi pemuda satria. bermula keadaanku hingga akhirnya sebagaimana kepimpinan Ya’akub yang diwarisi oleh puteranya Yusuf Sebaik-baiknya bagiku ialah perjuangan dan cahaya bumi Karbala bergemerlapan. Tidak dapat kalam menggambarkan apa yang  telah terjadi pada hari ini.”[Maqtal al-Husayn oleh Abdul Razzaq al-Musawi, hlm. 193]

    Banyak kalangan mengatakan bahawa pemergian al-Hussayn dari Makkah ke Iraq kerana beliau takut dibunuh oleb tentera Yazid.

    Sesungguhnya kenyataan ini adalah fitnah yang besar terhadap cucunda Rasulullah s. ‘a.w. itu. Ini disebabkan Abdullah bin al-Abbas r.a. telah menyatakan bahawa janji Allah pasti tiba dengan Iaknat terhadap golongan yang membunuh al-Husayn ‘a.s. Demikian juga menurut pandangan Muhammad bin al-Hanafiah yang ‘a.s. pernah memberitahunya dengan katanya; Pada suatu hari Rasulullah s. ‘a.w tdah mendatangiku dan bersabda; Wahai Hussayn keluarlah Sesungguhnya Allah telah menghendaki bahawa dikau dilihat olehNya terbunuh. [Sumber yang sama, hlm. 195]
 
  Imam al-Husayn juga pernah berkata kepada Abdullah bin Az-Zubir Demi Allah mereka akan mengeluarkanku dan memburuku serta menyeksaku sebagaimana golongan Yahudi berpesta pada hari Sabtu. Demikianlah betapa al-Husayn a.s. sudah maklum bahawa beliau akan dibunuh oleh puak Bani Umaiyah sebagaimana yang diberitahu oleh dâtuknya Rasulullah s. ‘a.w, Oleb itu tidak timbul lagi dakwaan yang mengatakan al-Husayn melarikan diri dan takut menghadapi kematian atau syahid pada jalan Allah.
 
    Perjalanan al-Husayn ‘a.s. sebenarnya menuju kepada kesyahidannyn yang dijanjikan. Tetapi apa yang lebih penting beliau berazam untuk memperjuangkan kebenaran risalah Allah, walaupun dalam menegakkannya terpaksa mengorbankan nyawanya. Beliau tetap berazam untuk menjadi penolong agama Allah. Di atas jalan pengorbanan dan kesyahidan ini al-Hussayn a.s bangkit untuk mengekalkan dan mempertahankan maruah Islam.

    Dalam perjalanannya menuju ke Iraq beliau mendengar kata-kata ugutan bahawa pedang-pedang berada di pihak Bani Umaiyah dan hati-hati manusia dipengaruhi oleh mereka, äl-Hussayn ‘a..c. amat maklum dengan keadaan itu. Sungguhpun demikian al-Imam yakin dengan dua kekuatan dalam perjuangan Pertamanya kekuatan Iman terhadap kebenaran risalah Islam dan haq ahl Bayt Rasulullah s. ‘a.w. di dalam memimpin kehidupan Islam. Kekuatan yang kedua pula bercanggah dengan kekuatan yang pertama itu iaitu kekuatan rasa takut terhadap kekuasaan Bani. Umaiyah dan keganasan mereka, serta rasa cinta yang, melampau terhadap dunia dan terlalu berkeinginan untuk berehat dan melarikan diri dari perjuangan.

    Imam al-Husayn 'a.s tetap berpegang dengan pendirian bahawa Umat Islam tidak akan bangkit melainkan dengan mengemukakan pengorbanan yang besar untuk kebangkitan mereka. Pengorbanan itu ialah kesyahidan golongan yang bersama dengannya yang terdiri dari zuriat Rasulullah s. ‘a.w. dan para pengikut Ahl Bayt  s.’a.w.
 

MENGAPAKAH TERJADINYA REVOLUSI

    Sepanjang kita mengikuti kehidupan aI-Husayn.'a.s. yang diselubungi oleh peristiwa-peristiwa serta situasi pertentangannya dengan rejim thaghut Umawi, nescaya kita tidak akan mendapati aspek-aspek keménangan kebendaan bagi pihak Imam al-Husayn ‘a.s. Sehinggalah apabila penduduk Iraq menulis surat kepadanya sekalipun dengan menyatakan sokongan mereka terhadap kebangkitan revolusi al-Husayn. Tidak boleh kita mengatakan al-Husayn ‘a.s. telah mencapai kemenangan fizikal yang besar dan sokongan itu. Sebaliknya kita dapati Imam al-Husayn ‘a.s. telah mengisytiharkan revolusinya sebelum menerima berita dari Iraq.

    Pergerakan al-Husayn ‘a.s. bermula di kota suci datuknya Rasulullah s’a.w. Madinah. Di situ beliau menerima bai’at dari penduduk Kufah. Ketika berada di Makah beliau mengisytiharkan kebangkitan revolusinya yang penuh berkat demi mengembalikan kermurnian Islam.

    Di sisi al-Husayn ‘a.s. bumi Hijaz tidak menjanjikan apa-apa kekuatan untuk berdepan dengan kekuasaan rejim Umawi. Oleh yang demikian beliau bergerak menuju ke Iraq supaya bumi Haram (Suci) Makah dan Madinah tidak digenangi dengan darah-darah syahid keluarga Rasulullah s. ‘a.w. al-Husayn ‘a.s. sememangnya memaklumi di atas maut yang akan ditempuhnya. Beliau mengharapkan pergerakan dan kesyahidannya akan mencetuskan revolusi Islam yang bererti demi menegakkan syari’at Allah di belikat bumi ini. Sungguhpun demikian perlu dikemukakan persoalan mengapakah boleh terjadinya revolusi al-Hussayn ‘a.s. ini

    Untuk menjawab persoalan yang. besar ini memerlukan kepada penjelasan mengenai hakikatnya yang muktamad, antaranya;

    Pertama: Akibat dari perlantikan Vazid bin Muawiyah untuk menguruskan hal ehwal urnat Islam sedangkan keperibadiannya yang menyimpang dari ajaran Islam. Ini menyebabkan masa depan umat Islam berada dalam ancaman dan merbahaya Lebih-lebih lagi Yazid berperibadi buruk lantaran tidak mendapat didikan Islam yang sempurna. Beliau dibesarkan dalam rumahtangga yang tidak ada langsung pancaran pertunjuk Islam. Tidak hairanlah andanya para sejarawan merakamkan bahawa Yazid adalah penggemar arak kaki perempuan dan berbagai kegiatan maksiat yang menjadi darah dagingnya. Kenyataan keperibadiañ Yazid sedemikian rupa amat bertentangan dengan tanggunjawab yang diberikan kepadanya memimpin umat islam dan mentadbirkan hal ehwal mereka mennrut syari’at Islam.

    Mémandangkan kepada penyimpangan Yazid sebagai penguasa Bani Umaiyah yang memaksakan kekuasaan jahiliyah mereka terhadap umat Islam dan demi menegakkan risalah Islam yang agong yang pernah ditegakkan oleh datuknya Rasulullah s. ‘a.w. maka Imam al-Hussayn 'a.s. bangkit melancarkan revolusi penentangan terhadap rejim thaghut Yazid. Matlamat al-Husayn ‘a.s. tidak lain dari mengekalkan kehormatan dan maruah Islam. Oleh yang demikian ketika beliau berdepan dengan tentera Yazid yang dipimpin oleh al-Hurr bin Yazid ar-Riyahi Imam al-Husayn 'a.s menggambarkan pendiriannya dengan penuh yakin dan keimanan, katanya:’

    Wahai manusia sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda; Barangsiapa melihat penguasa yang zalim yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah serta menentang sunnah Rasulullah serta bertindak memusuhi dan menyebarkan dosa kepada hamba-hamba Allah, sedangkan ia tidak melakukan perubahan dengan perbuatan atau dengan perkataan nescaya Allah berhak memasukkan ke dalam neraka. Ketahuilah mreka yang demikian itu sentiasa mentaati syaitan serta meninggalkan ketaatan kepada Allah yang Maha Pemurah, mereka juga menyebarkan kerosakan dan melanggar batasan hukum Allah. Mereka  juga menyebarkan dosa, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan olehNya

    Berdasarkan kepada pendirian Imam al-Husayn ‘a.s. maka terserlahlah hakikat sebenar mengapakah beliau menentang rejim Bani Umaiyah yang dimaklumi tidak menjalankan pemerintahan berdasarkan syari’at Allah s.w.t.

    Keduanya; Penentangan Imam al-Hussayn adalab didasarkan kepada keperluan membangkitkan semangat, pemikiran dan jihad umat Islam secara keseluruhannya serta menyedarkan mereka betapa perlunya irnenegakkan syari’at. dan risalah Islam yang agung. Tanggungjawab
itu menjadi tugas keseluruhan mereka dan bukannya masalah peribadi Inilah konsep kepimpinan yang’ mulia dalam masyarakat yang dikemukakan okh Imam umat Islam ini iaitu cucunda Rasulullah s.’a.w.[Rujuk Kitab Murujuz Zahab, oleh al-Masudi]

    Dalam keadaan yang sama pula golongan pencinta kebendaan mengumpulkan harta benda tanpa mempedulikan tugas Islam yang besar. Mereka hanyut oleh arus kepentingan duniawi yang leka dengan kerehatan tanpa pengertian jihad dan perjuangan untuk menegakkan kesucian syari’at Islam. Imam al-Husayn a.s. ingin meniupkan ruh jihad Islami yang akan inelawan arus jahilliyah yang ditiupkan oleh rejiin umawi yang menyebarkan faham metarialisme dan nasionalisma yang menghanyutkan ummat Islam dan peranan dan tugas mereka yang sebenar.

    Sebagaimana yang dilaporkan oleh Abdullah bin Az-Zubir rd. dan Abdullah bin Umar bin Al-Khattab r.d. kedua-duanya putera kepada sahabat Rasulullah s. 'a.w yang menjadi sahabat kepada Imam al-Husayn a.s. itu ianya telah membawa era baru dalam perjuangan Islam untuk menghancurkan thaghut dan jahilliyah corak baru yang timbul selepas wafatnya Rasulullah s. ‘a.w. Cucunda rasul Islam s. ‘a.w. yang agong sendiri bangun untuk menjadi model mujahid Islam yang .sanggup syahid dalam memgembalikan kedaulatan Islam yang diasaskan oleh datuknya s. ‘a.w. dan ayahanda Amir al-Muminin Ali bin Abu Talib ‘a.s.

    Dengan pengorbanan dan kesyahidan al-Husayn ‘a.s. itu maka benarlah kata penyair Islam yang menyokong perjuangan ahl bayt Rasulullah s. ‘a.w  yang bernama Farazdak katanya: Hati mereka bersama kamu al-Husayn dan pedang-pedang mereka bersama Bani Umaiyyah Boleh dikatakan inilah sebab asasi mengapa cucunda Rasulullah s. ‘a.w al-Husayn ‘a.s. mengisytiharkan revolusinya yang penuh keberkatan. Al-Imam telah menyemarakkan perjuangan dan pengorbanan yang dada bandingan demi menegakkan risalah suci Islam selaras dengan firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 38 Ertinya;

    “Wahai orang-orang yang beriman. Mengapakah jika dikatakan kepada kamu; Berperanglah pada jalan Allah lantas kamu membëratkan diri kamu ke bumi? Apakah kiranya karnü suka kehidupan di dunia ini dari kehidupan di akhirat. Padahal kehidupan di dunia jika dibandingkan dengan ‘akhirat adalah terlalu sedikit!

    Dalam hal yang sama Imam menolak, sikap tunduk kepada golongan yang zalim dan membiarkan kezaliman itu berleluasa selaras dengan firman Allah di dalam surah Hud ayat (113); Ertinya,
“Janganlah kami berdiam diri bersama dengan golongan yang zalim, nescaya kamu nanti akan disentuh oleh api neraka.”

    Selanjutnya Imam mengisytiharkan. bahawa orang-orang yang beriman .semestinyá mengorbankan seluruh harta dan jiwa raganya untuk menegakkan risalah Islam yang agung sebagaimama penegasan Allah di dalam surah At-Taubah ayat (111);

    Ertinya; ‘Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman diri-diri dan harta benda mereka dengan mengurniakan kepada. mereka syurga.. (Oleh itu) hendaklah ‘mereka berpegang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan sedia terbunuh, sebagai suatu, perjanjian yang benar….. Inilah balasan dan jalan. yang menempa. kejayaan bagi orang-orang yang beriman dengan kebenaran risalah Islam.”
     

    Beginilah pegangan yang dianut oleh Imam al-Husayn ‘a.s. yang mulia sebagai lanjutan dan pegangan datuknya Rasulüllah s. a.w dan pegangan ayahandanya Imam Ali bin Abu Talib r.a. serta pegangan bondanya Fatimah az-Zahra ‘a.s Oleh yang demikian al.-Hussayn ‘a.s. sanggup menolak segala bentuk kemungkaran dan kezalirnan rejim umawi, walaupun ia, tahu bahawa penentangan itu akan memengorbankan dirinya serta para pengikutnya yang setia.

    Kesedaran al-Husayn a.s terhadap tanggungjawabnya itu merupákan garisan atau rnanhaj Islam dalam konteks jihad pada jalan Allah. Sehingga .beliau sanggup menolak realiti yang ada di sekeliling nya. Malah ada golongan yang mengatakan tindakannya bertolak ke Iraq adaläh diluar strategi politik di dalain menghadapi tipu daya rejim Umaiyah. Sungguh pun begitu jalan yang diambil oleh Irnam ummat Islam ini bertepatan dengan keredhaan Allah bagi hambaNya yang ikhlas dan bersabar.

    Ketiga; Gagasan yang penting dan kebangkaan Islam yang didokong oleh al-Husayn ‘a.s. ialah kesedaran urnat Islam untuk memaharni dasar-dasar. Islam mengenai Imamah atau kepimpinan dalam Islam. Secara tidak langsung kesedaran itu menolak perrnainàn politik yang dilancarkan oleh kerajaan beraja Bani Umaiyyah yang telah menyimpang jauh dari dasar politik dan pemerintahan Islam.

    Pergerakan al-Husayn ‘a.s. tidak lain adalah untuk memimpin ummah menerangkan kepada mereka tentang betapa merbahaya corak pemerintahan :rejim umawi terhadap kelangsungan kehidupan Islam yang hakiki. Al-Husayn ‘a.s. mendidik umat Islam ‘untuk mengenal konsep Imamah yang digariskan oleh Allah serta lanjutan muktamad. dan pemerintahan kenabian Muhammad Rasulullah s Sekaligus dengan itu Umat Islam diajak untuk menolak bentuk pemerintahan monarki, kuku’ besi dan sistem wansan yang rnembelakangr syura Islami yang dianut oleh rejim Umaiyah Muawiyah dianggap oleh al-Husayn sebagai pengasas pohtik sekular yang dianut oleh Bani Umaiyah itu telah membawa kesan yang negatif terhadap kehidupan umat Islam dan mencatitkan sejarah yang hitam dalam  kehidupan ummah. Untük tujuan itu al-Husayn ‘a.s sanggup mencetuskan revolusi Islam yang mengorbankan diri dan pengikutnya sebagai syuhada yang dibeli darah dan. nyawa mereka oleh Allah SWT. Darah-darah syuhada karbala yang dirintis oleh al-Husayn ‘a.s. telah menitis ke dalam jiwa masyarakat sebagai nadi yang menghidupkan ruh jihad yang berkembang dan terus berkembang dari masa ke semasa. Konsep syahid al-Husayn ‘a.s. semakin segar dan bersemarak sebagai suatu formula yang ampuh dalam mempertahankan kedaulatan Islam sebagai sistem kehidupan yang diredhai oleh Allah.

    Dálam hal ini Imam al-Husayn ‘a.s. menegaskan ‘dalam sàlah satu ucapannya;
“...Wahai manusia sesungguhnya andainya kamu bertaqwa dan mengenali kebenaran nescaya itulah yang aku redha ke atas dirimu Dan kami ahl bayt Rasulullah s. ‘a.w. Iebih utama untuk memegang tampuk wilayah dan ülil amri (pemerintah) terhadap urusan kamu lebih layak dari golongan yang mendakwa terhadap kekuasaan itu yang tidak wajar dimiliki oleh mereka yang menyebarkan permusuhan dan kemungkaran itu.” Beliau meneruskan lagi ....“. Adapun Allah swt telah memilih Muhammad .c. ‘a.w. di kalangan seluruh makhlukNya sebagai rasulNya serta memuliakannya dengan kenabian dan memiihnya untuk membawa risalah Islam. Kemudian Allah rnewafatkannya setelah baginda memberi pengajaran kepada hamba-hamba Allah dan menyampaikan Islam. Sesungguhnya kedudukan. kami adalah sebagai ahli keluarganya yang terdekat, wali-walinya dan pemegang wasiatnya dan mewarisi kepimpinannya dan kami adalah golongan manusia yang lebih berhak terhadap urusan pemerintahan Imamah ke atas umat manusia. Walaupun segolongan kaum mengengkari hak kami, akan tetapi kami mengetahui bahawa kami lebih berhak dari mereka yang melantik din mereka. Sesungguhnya aku telah mengutuskan utusan ku kepada kamu. Dan kami menyeru kamu semua kepada kitab Allah dan sunnah nabiNya Sesungguhnya sunnah hendaklah dihidupkan dan bid’ah hendaklah dihapuskan. Seandainya kamu mendengar perkataan ku nescaya kamu diberi petunjuk kejalan yang benar...”

    Dengan ucapan dan tulisan Imam al-Husayn ‘a.s. itu beliau telah membongkar dengan terang tentang tidak sahnya serta menyimpangnya kerajaan Bani Umaiyah yang menyeleweng dari landasan Islam. Dalam masa yang sama Al- Imam menjelaskan bahawa hak Imamah dan khilafah hanya terletak kepada golongan yang mewarisi nubuwah dan melanjutkannya dengan Imamah atau kepimpinan yang ditetapkan oleh syari’at Islam. Kenyataan ini bertentang dengan konsep demokrasi yang dipaksakan ke atas ajaran politik Islam,  kerana Allah dan rasulNya Iebih mengetahui tentang kemaslahatan dan keperluan umat manusia terhadap Imamah. Kepimpinan paksaan seperti rejim Bani Umaiyah terkeluar dan landasan yang disebutkan ini. Dengan ini kebangkitan revolusi Islam Imam al-Husayn ‘a.s. yang ditentang oleh Muawiyah ‘dan Yazid dari rejim umaiyah. Kebangkitan al-Husayn ‘a.s. sekaligus menolak pengesahan palsu dan korup setengah parà pendakwa yang mempertahankan keabsahan rejim Muawiyah dan anaknya Yazid. Pihak kami bersedia untuk mengemukakan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.’a.w. terhadap keabsahan Imamah al-Hasan ‘à.s. dan al-Husayn ‘a.s. dan juga ayahanda mereka Amir al-Mu’minin Ali bin Abu Talib r.d. pada kesempatari yang lain.

    Keempat; Kedudukan insan menurut risalah pengajaran Islam merupakan kelana atau pengembara di muka bumi yang memerlukan bekalan dam pimpinan Ilahi. Kefardhuan dan kewajipan menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta beijihad pada jalan Allah merupakan penterjemahan yang hakiki terhadap gagasan ini Demikian juga kita sebagai penganut dan pemeluk ajaran Islam yang suci. Garisan perjuangan kita mesti ditumpahkan ke arah menegakkan risalah yang sud itu dengan mempertaruhkan harta dan nyawa yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita.

    Demikian juga al-Husayn a.s. yang mewarisi kepimpinan Nabi Muhammad s. ‘a.w. telah menyahut seruan menegakkan risalah Islam secara amali Pada zaman yang penuh begelora itu al-Husayn menjadi  revolusiner terawal untuk mengekalkan kedaulatan risalah Islam yang diasaskan oleh datuknya Rasulullah s. ‘a.w. Al-Imam memilih jalan revolusi dalam menghadapi kezaliman dan kemungkaran para penguasa. Di sisinya tanpa pergerakan revolusi maka tiada lagi perbaikan dan rahmat untuk umat islam. Untuk membayangkan garisan revolusi Islamnya itu dapat diamati dari kata-katanya: “Sesungguhnya aku tidak keluar ke medan perjuangan dengan niat jahat atau tidak sekali-kali untuk membawa kerosakan, juga tidak ingin menegakkan kezaliman Hanyasanya aku keluar adalah untuk menuntut kebaikan kepada umat datukku Rasulullah s. ‘a.w. Aku ingin menegakkan seruan kepada mengerjakan makruf dan mencegah kemungkaran. Aku melalui jalan yang dilalui oleh datukku, dan ayabandaku Ali bin Abu Talib r.a. ...“ Inilah sebahagian dari faktor kebangkitan revolusi Islam yang didokong oleh al-Husayn a.s.

PERANAN WANITA DALAM REVOLUSI ISLAM AL-HUSSAYN ‘A.S

    Di samping golongan lelaki sebagai penyokong dan pejuang al-Husayn ‘a.s. dalam perjalanannya dari Makkah ke Karbala maka kaum wanita ahl bayt dan kanak-kanak merupakan golongan yang tidak boleh dipisahkan dari pergerakan penuh berkat itu. Malah menurut Al-Husayn 'a.s sebagaimana kata-katanya kepada saudaranya Muhammad bin Al-Hanafiah bahawa kaum wanita itu dilihat sebagai pengukuh dan pendorong kepada revolusi Islam. Peranan Wanita revolusiener itu boleh diperhatikan dalam perjalanan husainiyah itu dengan memerhatikan peranan tokoh-tokoh seperti Zainab Al-Kubra binti Ali, juga cucunda Rasulullah s. ‘a.w. Peranan itu dapat dikutip dalam ucapannya;

    “Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.’a.w. dan ahli keluarganya yang  suci: Wahai penduduk Kufah! Adakah anda menangis tanpa air mata atau meratap penuh kepiluan. Kamu sebenarnya diumpamakan golongan yang tercabut kekuatannya. Adakah kamu menjadikan sumpah-sumpah kamu sebagai perisai-perisai untuk menutup kepalsuan. Ketahuilah perkara buruk akan menimpa kamu di mana Allah menetapkan ke atas kamu azab yang kekal dengan penipuan itu. Ya Allah!! Orang yang menangis terlalu banyak sedangkan yang ketawa terlalu sedikit. Alangkah malangnya pendirian kamu di hadapan pembunuhan keturunan nabimu s. ‘a.w. zuriat nabi penamat segala Anbiya’, perbendaharaan risalah dan pemimpin pemuda syurga. Hilanglah pelita yang menyuluh kamu, pomimpin ulung yang menghidupkan sunnah  Alangkah buruknya apa yang kamu bawa, kerugian memenuhi kedua tanganmu. Adakah kamu sanggup berhadapan dengan kemurkaan Allah dan RasulNya Kamu sebenarnya telah drnmpa kehinaan dan kecelakaan, alangkah celakanya nasib kamu. Adakah kamu seanggup melihat hati jantung Rasulullah s. ‘a.w. dikunyah, adakah kamu sanggup mengorbankan kemuliaannya Manakah darah yang telah kamu turnpahkan dan manakah kehormatan yang telab kamu. pertahankan??! Telah datang kepada kamu bibit-bibit yang kehitaman, gerombolan hitam seperti cahaya bumi dan pancaran dari langit Tetapi alangkah hairannya hujan darah telah turun dari langit dan alangkah azab akhirat akan bakal ditempuh.

    Demikianlah pendirian Zainab Kubra 'a.s. terhadap pendudak Kufah yang berdepan dengan tanggungjawab menegakkan revolusi Islam. Pendirian Zainab semakin mara ke hadapan selepas kesyahidan al-Husayn ‘a.s. saudaranya dengan para pengikutnya di dalam menghadapi kemungkaran dan kedurjanaan Yazid dan Rejim Umaiyah.

    Perhatikan pula ucapan puten Imam, al-Hussayn a.s. yang hernama Fatimah binti Al-Husayn ‘a.s.;

    “Wahai penduduk Kufah; wahai  penduduk yang penuh dengan muslihat dan tipu daya. Sesungguhnya kami ahl bayt Rasulullah s.’a.w. telah diuji oleh Allah dengan pendirian kamu yang curang. Kamu semua telah membawa mala petaka kepada kami. Namun begitu segala dugaan itu membawa kebaikan kepada kami dan Allah mengurniakan ilmuNya kepada kami dan kamilah perbendaharaan ilmu dan hikmat serta kami menjadi hujjah dan tanda kebesaran Allah ku atas hamba-hambaNya Allah telah memuliakan kami dengan kemuliaan kami Rasulullah s. 'a.w yang mempunyai kemuliaan mengatasi segala makhluk Sebaliknya kamu mendustai memperdayakan kami dan kamu melihat pembunuhan ke atas kami sebagai halal dan harta benda kami dirampas. Kami seolah-olah anak-anak yang ditinggalkan atau sebagaimana unta-unta. Demikianlah sebagaimana datuk kami (Imam Ali r.d telah kamu bunuh. Sesungguhnya pedang-pedang kamu telah mengalirkan darah-darah kami Ahl Bayt 'a.s untuk melepaskan dendam kesumnat kamu. Dalam keadaan itu mata kamu melihat dengan gembira dan hati-hati kamu merasa riang. Pembalasan yang setimpal akan dijatuhkan oleh Allah ke atas kamu. Allah mempunydi muslihat yang mengatasi tipu daya kamu. Janganlah membersihkan tangan kamu yang telah membawa kepada tumpahnya darah-darah kami. Apa yang menimpa kami merupakan kenyataan yang telah disebut oleh Al-Qur'an Sebenarnya menjadi perkara yang senang di sisi Allah untuk melepaskan kami daripadanya. Firman Allah yang (bermaksud),”Usahlah merasa putus am di alas apa yang luput daripada kamu dan janganlah pula terlalu bergembira dan bangga dengan .apa yang dikurniakan kepada kamu... sesungguhnya Allah tidak menyukai setiap seseorang yang angkuh dan berbangga-bangga. Celakalah bagi kamu dan tunggulah laknat dan azab Allah yang akan ditimpakan ke atas kamu. kecelakaan akan menimpa kamu seperti hujan langit sejajar dengan apa yang kamu dustakan dan pengkhianatan kamu, Lalu Allah menyempitkan jalan bagi kamu dan kamu kekal menderita di di dalam azab yang sungguh pedih pada hari qiamat sejajar dengan kezaliman yang telah kamu lakukan. Ketahuilah laknat Allah akan dikemukakan kepada  golongan yang zalim.”

    Demikianlah peranan dan sikap wanita Islam dari keluarga Räsulullah s.'a.w di dalam pergerakan revolusi Islam yang dicetuskan oleh Imam al-Husayn ‘a.s. Untuk memerhatikan pendirian jihad wanitä Muslimah Ahli Bayt maka perhatikan ucapan Saidatina Zainab binti A1i bin Abu Talib ‘a.s yang disampaikan di hadapan Yazid bin Muawiyah di istana penguasa yang zalim itu. Serikandi Muslimah itu menegaskan;

    Segala puji itu tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alám, selawat dan salam ke atas Rasulullah s. ‘a.w. dan ahli keluarganya: Benarlah firman Allah yang menegaskan;

    Ertinya: “Kemudian, kejahatanlah akibat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan, lantaran merèka mèndustakan ayat-ayat Allah dan mereka memperolok-olokkan (ayat-ayat Allah itu).” (dalamSurah ar-Rum, ayat 10)

    Adakah engkau menyangka wahai YAZID...! untuk melemparkan kami ke seluruh ceruk bumi  dan rnembuang kami ke ufuk langit serta menjadikan kami binatang ternak yang dipandu. Adakah engkau rnenyangka bahawa kami terhina di sisi Allah dan engkau menjadi mulia dengan perlakuan ini. Sungguh besar kedurjanaanmu di sisi Allah, walaupun dikau bergembira deagan keadaan ini tetapi engkau memandang dunia penuh kekacauan dan segala urussanmu dalam kesempitan Walaupun engkau menguasai kami tetapi tunggulah dan tunggulah... Adakah engkau lupa dengan firman Allah di dalam Al-Quran: (Surah A’li Imran ayat 178). Ertinya: “Dan janganlah orang-orang kafir itu menyangka, bahawa kami membiarkan mereka itu menganggap mereka lebih baik untuk diri-diri mereka. Kami tidak biarkan mereka melainkan supaya mereka bertambah dosa dan adalah bagi mereka azab yang menghinakan.” Adakah engkau berlaku adil wahai anak golongan yang ditawan?? (Maksudnya golongan Tulaqa’ ialah golongan yang ditawan oleh Rasulullah s. ‘a.w. pada tahun 8 hijrah ketika pembukaan Makkah, kerana Yazid adalah cucu Abu Sufyan yang ditawan oleh pihak Islam dan dilayan dengan baik oleh Rasulullah s. 'a.w Golongan kamu telah dibebaskan dan dilayan dengan baik suatu ketika dahulu tetapi engkau pula menjadikan anak-anak perempuan Rasulullah s. 'a.w sebagai tawanan yang dilayan dengan penghinaan dan digari ke belakang. Kami telah diseret dan satu negeri ke satu negen lain  dengan wajah-wajah kami yang terbuka dan tercemar. Kami telah ditawan tanpa di sisi kami seorang pelindung dan kaum lelaki dan kami diseret bersama darah-darah pãra syuhada’....”
 
 
“....Sesungguhnya Allah akan menghukum kamu dan Rasulullah s ‘a.w. akan memusuhi kamu serta Jibril akan menentang kamu dan kamu ..akan mengetahui kedudukan engkau yang membelenggu umat Islam dan seburuk-buruk keadaan bagi golongan yang melakukan kezaliman. Di manakah tempat yang seburuk-buruknya bagi kamu dan jalan yang menyesatkan. Walaupun dengan kekuasaanmu untuk menghina kami dan mata-mata kaum muslimin memandang pilu kepada kami dan hati-hati mereka bersimpati dengan kami. Lakukanlah semahu engkau segala muslihat, demi Allah yang telah memuliakan kami dengan wahyuNya, Al-Quran dan Nubuwah kamu tidak akan dapat mengatasi kami di sisi Allah dan kamu tidak akan dapat menghapuskan kami. Semua yang engkau lihat akan binasa dan hari-harimu boleh dihitung, tunggulah pada suatu hari di mana dipanggil méreka yang- dipanggil dan laknat Allah itu ditujukan kepada orang yang zalim.”

    Begitulah sebahagian dari catitan sejarah mengenai tokoh besar Islam cucunda Rasulullah s.a.w. iaitu al-Imam asy-Syahid HUSSAYN ‘alaihissalain serta sekelumit mengenai perjuangan jihadnya mengembalikan kedaulatan dan kemurnian Islam sebagaimana katanya... “Hanya dengan kematianku dan darahku, kebenaran Islam dan Sunnah datukku Muhammad Rasulullah s. ‘a.w. dapat dipertahankan...” Dan lagi katanya: ‘....Seandainya manusia mengetahui bahawa harta yang dicarinya akan hilang nescaya mereka akan membelanjakannya pada jalán Aliah, dan seandainya manusia menyedari bahawa nyawa mereka akan berpisah dengan jasadnya nescaya mereka akan sanggup mati dicincang pada jalan ALLAH ‘azza wa jalla. Mudah-mudahan Allah SWT memasukkan kita ke dalam pergerakan revolusi Islam al-Husayn ‘a.s. yang menentang musuh-musuh Allah dan menegakkan pemerintahan Allah dan Islam di atas muka bumi ini.